Tuesday, 7 January 2014

Rezeki Kahwin..

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah, aku dapat tawaran kerja di KPTM sebagai Lecturer of IT..nak gelak japppppp!!!

Aku gelak sebab aku teringat balik..duluuuu..<---siap ada bunyiii mengimbas kenangan..

1. Aku pernah menangis sebab aku masuk Universiti tak dapat Course dalam bidang Perguruan..
2. Aku pernah gagal dan jatuh dengan teruk sebab aku langsung tak minat belajar Course IT..
3. Aku siap dapat surat warning daripada Universiti..
4. Aku siap sanggup turun naik bangunan HEP sebab nak jumpa Dekan nak tukar Course
5. Aku siap tampal kat dinding meja belajar aku yang aku nak berhenti belajar..
5. Aku siap cakap pah abis belajar aku TAKNAK KERJA BAHAGIAN IT..

Hahahaha..alih-alih kuar jew dari Universiti, rezeki aku tak putus-putus tawaran bahagian IT..hahaha..itu yang dinamakan rezeki..

"Kadang-kadang Allah bagi sesuatu yang palinggggg kita tak suka, kerana Allah tahu aperrr yang terbaik untuk kita..jadi bersyukurlahhh"

Encik Tunang aku cakap, rezeki nak kahwin..mak pon cakap gitu jugakk..aku piker-piker, betul jugak..alahaiii..dengan itu bermulalah semangat aku untuk mencari rezeki dengan bersungguh-sungguh hingga ke titisan darah yang terakhir!!..cehh..bajet ko tue istiqomah sangat la ecah oiiii..hahaha..apepon, alhamdulillah..walaupun cita-cita aku untuk menjadi seorang cikgu tidak berjaya tapi sape sangka aku sekarang menjadi seorang pendidik jugak yang dipanggil LECTURER..misinya bermula disiniii..



Thanks to read this entry..!!

Friday, 3 January 2014

Tarikh Dah Ada

Bismillahirahamanirahim..

Hatiku berbunga-bunga..jeng..jengggg...hahaha..

Nak tahu nape? Sebab aku nak KAHWIN!!..alahaiii..orang nak cakap aku gatal pon ikottts larhhh..ada aku kesahh?..nih Blog aku, aku punyekk pasal lerrr..miahaha..

Tarikh dah termaktub pada awal Jun 2014, alhamdulillah..jadi akan bermulalah kesibukkan aku dalam menjalani hari-hari yang mendatang bagi perancangan jangka masa yang lama..aku pon dengan penuh bersemangatnya mesej kengkawan aku untuk bertanyakan perihal urusan kahwin nih..kengkawan aku bagaikan tidak percaya, tidak percaya??ape kess??sebab antara semua masa belajar dulu aku yang paling bersemangat gtau diorang semua aku nak kahwin awal..alih-alih pah form 5 berduyun-duyun kengkawan aku yang senyap dan kaki kutuk aku dulu yang kahwin awal dari aku..

Ingatkan settle semua impian aku tue akan terlaksana dengan harapan pah form 6 aku yang akan kahwin ruperrrnyerrr ndak lagi..aku siap masuk universiti dan sekarang umur aku 2* tahun dan nak dijadikan ceriternyerrr aku adalah orang yang palinggg last kahwin antara kengkawan aku..muahahaha..lucu jugak bila ingat balik..alahaiii, aku nih kang..

Soo, bila dah ada tarikh gnih aku dengan penuh bersemangatnya melaksanakan urusan perkahwinan aku..Ya Allah, permudahkan segala urusan hambaMu ini ya Allah..

Janji akan terpatri..bersatu ikatan dua hati..semoga kekal hingga ke Syurga..

Thanks to read this entry!!

Friday, 20 December 2013

Nak kurus tak?

Bismillahirrahmanirahim..

Ehem2..jumpa lagi ya sahabat2ku..kali nih nak kongsi tips kuruskan badan..cehh, bajet pakar sangat dah aku nih..hahaha..pepon sebenarnya tujuan aku nak kongsi pengalaman aku selama dalam proses kuruskan badan dulu, berkesan uolls..

Aku tak guna produk2 yang melambak macam pisang goreng kat pasaran tue, kalau silap ambik ubat boleh mendatangkan kemudaratan sebab kita benar2 tak tau apa kandungan yang ada dalam setiap produk tue..jadi, jangan coba2..peringatan bersama oleh kementerian kesihatan malaysia..:)

Panjang pulak aku melalut, tajuk bukan main gempak lagi kan tapi intro panjang berjela..hehe..meh aku nak kongsi ngan korang yerkk..aku berjaya kuruskan badan dalam masa 2 bulan jew..tak cayee? Kne percaya jugak..hahaha--->gelak jahattt..

1. Minum banyak air kosong
* Kalau ase lapar jew aku akan sedut air kosong..ambikk,sedut tue..hahaha..sebabnya, bila perut ase kenyang ngan air kosong konpem tak teringin nak makan dah..ngeh3..lagipun memang kita disarankan untuk minum air kosong 8 liter sehari pon kan..so, apa tunggu lagi? Mulakan sekarangg!!

2. Jangan makan makanan berat tengahari dan malam
* Masa yang sesuai adalah makan makanan berat pada waktu pagi..nak melahap sampai pengsan pon xpe..hehe..nasihat aku, kunyah sampai 40x baru telan..pandainyerkk aku bagi nasihat tapi tak pernah buat pon..hahaha..aku makan dan telan jew..

3. Puasa
* Nih diet yang paling baik! Sebab Allah yang anugerahkan kepada kita cara yang menjadi kajian para pakar saintifik nih..semua pengkaji mengakui kebenaran tentang manfaat puasa, ayuh amalkan..aku biasanya amalkan puasa sunat setiap hari isnin dan khamis-->kalau Allah tak bagi cuti la..heee..sekarang tengah usaha nak istiqomah puasa selang sehari..ameen..nasihat aku, jaga pemakanan masa berbuka..jangan melantak makan segala bagai pulak ya..maklumlah dah tahan nafsu makan sehariankan..hee..

4. Makan petang sebelum maghrib
* Penting!! Pernah piker tak nape kita berbuka puasa masa maghrib? Sebab tak elok untuk makan pada waktu malam..tapi masalah masyarakat kita sekarang nih, masa kol 9 - 10 tue la nak makan malam..sibokkk jew memenuhi kedai makan dengan order bermacam bagai..alahai..tak baikkk!! Makan buah dan minum air kosong jew waktu malam dah cukup!!..dengar tak nih?.pulas telinga baru tauuu..haaa..

5. Bersenam
* Solat itu senaman paling baikk..akui la kekuasaan solat, sangat2 hebat..bayangkan seluruh tubuh kita bergerak dan bertindakbalas dengan baik dalam solat..tak guna pegi bersenam kat taman namun aurat tak dijaga..namun bersenam kat rumah dengan solat yang sempurna, aurat terjaga maruah terpelihara sihat sentiasa..woww..hebatnya agama Islamku..Allahuakbar..

Akhir sekali, aku tak bagi jaminan korang pon boleh kurus dalam masa 2 bulan, Apa yang pasti..usaha, nawaitu dan istiqomah kena berterusan..

P/s: Jaga kesihatan, kerana ianya anugerah Allah yang paling bernilai..terima kasih sudi baca entry kali nih..daa..

*Sayangsangatmylovelytabbynihsebabsenangnakupdateblogkesayangantakkiratempat..untukmu,terimakasihataskelengkapandiriku..

Jadilah insan paling bahagia..sayangi dirimu..



Sunday, 24 November 2013

Pasrah Segalanya

Bismillahirahmanirahim..

Dah lama rasanya aku tak update blog kesayangan aku nih..kesibukan aku sebagai hamba Allah membuatkan aku lupa sejenak aku punya hak sebagai manusia untuk kehidupanku sendiri..

* Terima kasih Allah atas segala yang engkau anugerahkan buatku selama ini
* Alhamdulillah, aku tahu kini ujian dan dugaan yang besar menimpaku..terasa noktah kehidupan tue menghampiri..Namun janjiMu yang menguatkan aku untuk terus menghadapi..
* InshaAllah, berita gembira yang saban hari aku tunggu akan tiba jua nanti..
* Allahu Akbar, pengorbananku untuk insan-insan yang berada di sekelilingku ini tidak bertepi, semoga mendapat redha dariMu..


Untuk ke sekian kalinya, jawapan yang aku terima untuk setiap interview menghampakan..aku tersenyum dalam pahit..terasa lemah seluruh anggota tubuhku..
"Hebatnya dugaanMu ya Allah.."..menangis hatiku saatku mengungkap kata-kata ini dibibirku..aku bukan sekuat yang disangka oleh sahabatku yang len..namun demi kebahagian dan agar tidak merisaukan semua insan yang kusayangi disekelilingku aku tetap tersenyum..

Keseorangan aku di malam yang sepi bersama Allah, tangisan senduku kedengaran..hatiku tidak berhenti berdoa, mimpiku tidak berhenti berharap..aku percaya walaupun sehebat mana ujian buatku, namun lebih hebat lagi ujian yang dihadapi oleh saudaraku di Palestin..

Panggilan petang mengganggu sejenak lamunanku, "susah mendapat kerja sekarang," bisik sahabatku satu hari dalam panggilan mengejutnya seperti biasa..aku terdiam, hanya mendengar setiap rintihannya..bagaimana aku bisa menjawab kata-katanya..aku hanya mampu tersenyum dan menenangkannya..aku sendiri tidak mempunyai kerja tetap lagi bagaimana mungkin aku bisa menenangkannya..hanya mampu aku zahirkan kalimah SABAR..

"Namunku tahu, ada hikmahnya
setiap segala yang menimpa diri.."
Petikan Lagu "Pasrah Segalanya" dari De Hearty..

Sekarang kalian sudah tahu bukan kenapa aku namakan Tajuk "Pasrah Segalanya" pada entry kali nih, aku bagaikan pencari cahaya di malam hari sekarang..aku banyak membantu sahabat len mendapatkan pekerjaan tapi aku sendiri di awangan..selepas ku bantu, mereka hilang entah kemana..hehe..terasa lucu bila mengenangkan, bukan aku ingin menagih budi namun mereka yang melarikan diri..agaknya aku ini bagaikan monster di saat mereka melihatku agaknya..hurmm, terasa hadir sifat serikku untuk membantu golongan manusia yang tidak pernah tahu berterima kasih ini..aku percaya Allah punya segala jawapan atas segala persoalan yang aku lontarkan dalam setiap doa, nafas dan pertanyaanku..hidup ini tidak putus dengan dugaan..

Bagaimana ya kalian begitu tabah menghadapinya???

Sunday, 29 September 2013

Bubur Nasi dan Sup Bebola Daging

Bismillahirahmanirahim..

Selalunya aku nih memang liat ckit nak masak..tapi sejak akhir-akhir nih aku makin bersemangat dan rajin pulak untuk memasak macam-macam masakan..minat aku untuk mengumpul banyak2 resepi yang ada semakin menjadi-jadi..nak buat suami bertambah sayang, kena ikat perutnya..tue rahsia kasih sayang yang mak aku ajar kat aku..hehe..

Resepi terpilih malam ini adalah....jeng3..Bubur Nasi dan Sup Bebola Daging..mudah sangat untuk sediakan..resepi aku sendiri..adehhh..nak cuba? silakan ya..tak sedap jangan komplen ya uolls..heee..

Sup Bebola Daging

Bahan-bahannya:
Sebungkus besar bebola daging (aku guna jenama keluaran Ramly..sedap! dan yang penting HALAL..)
2 biji bawang merah
1 bungkus kecil sup bunjut adabi
1 biji lobak (dihiris halus)
1 biji kentang(dipotong dadu)
Secubit garam(secukup rasa)

Bubur Nasi

Bahan-bahannya:
1 gelas kecil beras(dimasak terlebih dahulu..asingkan)
1 biji lobak (dipotong dadu)
1 biji kentang(dipotong dadu)
Bunga Cengkih dan Kayu manis
Secubit garam(ckit jew..jangan letak banyak sangat..sebab nanti akan dicampur dengan sup bebola daging)

* Notes: Amaran keras daripada chef Aishah, jika taknak makan sekali dengan sup bebola daging..sila tambah garam ke dalam bubur nasi..ikut suka anda ya..tq..hoho--->saje jew nih..bikin kontroversi gitu lorhh..

 Okay uolls..nih aku nak bagi Cara Membuatnya, mudah sahaja..kos pon jimat dan murah..

1. Mula-mula masukkan dahulu minyak masak, kemudian bunga cengkih dan kayu manis. 
2. Apabila sudah naik bau yang wangi, masukkan air.
3. Kemudian masukkan hirisan kentang dan lobak. (lobak dan kentang dipotong dadu).
4. Biarkan sehingga air mendidih.

Kemudian masukkan nasi yang dimasak asing tadi ke dalam bahan yang pertama..biarkan sehingga mendidih dan lembut(hancur sedikit..persis bubur nasi)..memang ko namakan dia bubur nasi che ecah oiii..ngeh3..

Haa...yang nih pulak Sup Bebola Daging
1. Masukkan minyak ke dalam kuali.
2. Kemudian masukkan bawang merah dan hirisan kentang juga lobak yang dipotong nipis.
3. Akhir sekali masukkan bebola daging dan garam secubit rasa.

Hasilnya..tadaaaa~~sedapppp!!! sesuai untuk aku yang tengah demam nih..hukhuk..

Naaa..Jangan lupa untuk mencubanya di rumah ya!

Erkkk..apa kaitannya botol air aku nih??..hehe..saje jew nak masukkan sekali..daaa~!


Terima Kasih baca entry kali nih ya.. ^^





Thursday, 19 September 2013

Makanan yang Aku Suka ~

Bismillahirahmanirahim..

Tension dengan kerja yang semakin berlambak itu perkara besa..kalau aku mengeluh pun hari yang memedih itu tetap aku kena lalui juga..Bukan senang untuk menggapai yang terbaik itu..dalam sesetengah perkara memang ini yang kita kena tahan untuk teruskan hidup..so, apa yang perlu kita buat?

Haaa..release tension dengan makan..hoho..aku nih macam mengajar uolls untuk menambahkan berat badan jew kan..hehe..sebenar tidak! ceh, macam tegas sangat gayanya aku nih..heee~

1 hari tue, kawan ajak aku pergi makan kat kedai masakan korean yang tak jauh daripada opis tempat aku kerja-semestinya aku sangat2 suka masakan korean..kimbap antaranya yang palingggg aku suka..

Kimbap yang aku suka - Gambar dari pakcik google..hee~

Aku bakal meninggalkan tempat kerja aku sekarang, jadi persiapan aku untuk belajar buat sendiri kimbap nih..supaya boleh makan jugak nanti walaupun jauh..makanan kesihatan nih...hoho!

Antara yang lain juga ada kat kedai k-pop(aku dan geng2 aku gelarkan kedai k-pop sebab tak tahu nama kedai, lebih mudah dan senang disebut..hehe..jangan marah ya tuan kedai..)..makanan len adalah mandu ramyun..istimewanya ialah sebab 100% halal..jadi jangan takut untuk makan..tuan kedai sendiri yang buat..sedikit sebanyak dia tambah dan tolak daripada resepi yang asal..jadi, walaupun kat malaysia sesiapa yang minat k-pop nih boleh merasa makanan dia kat kedai nih..sory ya uolls, aku lupa nak ambik gambar kedai..nanti di len entry ya..hee..

Mandu Ramyun


Fries

Bread with egg and cheese

Semua gambar tue aku ambik menu kengkawan aku..masa diorang tengah makan aku ambik kesempatan untuk ambik gambar, haha..sampai kecoh diorang semua sebab aku ganggu dan merengek2 nak ambik gambar..maaf sahabat..:'(, namun terima kasih daripadaku..sebab tanpa korang aku tak dapat nak ambik gambar dan masukkan dalam blog kesayangan aku yang comey nih..hehe

Walaupun kita suka sangat makan makanan yang kita suka, namun fikirkan jugak kesan baik buruknya makanan tue..sebab takut apa yang kita makan memberi kesan yang tak baik kepada diri kita dan kesihatan kita..hargai nikmat kesihatan yang Allah bagi..

Jumpa lagi di len entry ya..daaa~ 




Thursday, 5 September 2013

Bicara Hati Ini

Bismillahirahmanirahim..

Duhai Allah,
Aku mungkin hambaMu yang banyak berbuat dosa,
yang seringkali meluka hati dan jiwaku sendiri

Oh, Allah
Adakah ujianMu ini mehnah dariMu
Yang sering Mendengar rintihan dan tangisku
Yang selalu setia menjadikan esakan tangisku di malam
hari penghapus dosaku...

Ya Allah,
Bagaimana harus aku jalani hidup ini
Bila keadaannya memaksa aku untuk putus asa
Bagaimana ya Allah..?

Aku bertanyakan soalan ini kepadaMu
Berdosakah aku ya Allah?
Aku hanya hamba yang biasa-biasa sahaja
Tidak terlepas dari berbuat dosa
Ya Allah, semoga dengan adanya pengharapan doa
Memberiku semangat untuk terus hidup



Allahumma Aminn..