Tuesday 5 May 2020

Meal Shakes Shaklee & ceritera anak2

Assalmmualaikum..

Berita baik untuk kaum2 ibu yang kerisauan melihat anak2 kurang selera makan, kurang berat badan boleh la mencuba produk Meal Shakes Shaklee nie..aku memang tak pernah miss bagi kat c Nabilah & c Nopal..sebelum consume Meal Shakes nie diorang memang jenis yang memilih makanan, kurang selera makan..nak suruh makan pon tpaksa main kejar2..🀦🀦
Alhamdulillah, lepas amalkan minum Meal Shakes nie selera makan diorang bertambah, setiap hari diorang plak mintak aku shake2 kn untuk diorang..haha..aku selalunya akan campur dalam semua jenis bentuk minuman diorang samada dalam air milo, air susu kurma or dalam air oren sunquick tue..sdpppp..

Bukan untuk selera makan je, untuk sistem imun anak2 sangatlaaa baik..anak aku c Nopal hampir tiap bulan masuk hospital sebab sistem imun die lemah..pening jugak duk pker macam mana laaa nak kuatkan sistem imun die..aku try bagi Meal Shakes + vita lea for kids alhamdulillah, sangat2 berkesan..berkat doa & usaha jugak sbenarnya..dengan aku yang bkerja lagi,husband yang bekerja, tpaksa la mencatu cuti..bergilir2 cuti kalah die kne masuk hospital..aduhaiii la anak..terima kasih shaklee..

Bukan untuk budak2 je tau, bagi sesiapa yang nak tambah berat badan pon boleh..meh cnih aku nak senaraikan kebaikan & keistimewaan Meal Shakes nie..

Antara kebaikan Meal Shake ialah :

🌹 Rasa vanilla yang menjadi kegemaran kanak-kanak

πŸ‘¨‍πŸ‘§‍πŸ‘¦ Sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas

πŸ‘©‍πŸ‘§‍πŸ‘¦ Sesuai untuk seisi keluarga

πŸ’Boleh menjadi instant sahur meal / breakfast sekeluarga

πŸ‘©‍πŸ‘§‍πŸ‘¦ Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral serta kalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak

πŸ‘©‍πŸ‘§‍πŸ‘¦ Meal Shake memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak

πŸ‘©‍πŸ‘§‍πŸ‘¦ Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan

πŸ‘©‍πŸ‘§‍πŸ‘¦ Mengurangkan ekzema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa

πŸ‘©‍πŸ‘§‍πŸ‘¦ Meningkatkan selera makan anak

πŸ‘©‍πŸ‘§‍πŸ‘¦ Jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa dengan Meal Shake

πŸ‘©‍πŸ‘§‍πŸ‘¦ Pilihan terbaik buat mereka yang tidak pandai telan supplement berbentuk tablet

πŸ‘©‍πŸ‘§‍πŸ‘¦ Menangani masalah sembelit pada kanak-kanak

πŸ₯° Amat bagus untuk anak2 yang obesiti

Bajet tak besar & tak banyak sbenarnya produk shaklee nie..Meal Shakes nie pon tahan around sbulan lebih ke dua bulan aku bekalkan untuk anak2 aku..memang ada stok kat rumah..kita nie kalau bab2 anak memang tak tak berkira, macam aku la..nak beli lipstik pon aku duk berjam tau try,haha..tapi bab anak, bab kesihatan aku takkan pernah berkira..amanah Allah & pinjaman semata didunia nie..sedih plak kalau cerita masuk bab2 tue..mata masuk habuk..huk..huk..hurmmm
Wasap 01117872650 untuk pertanyaan lanjut yaaaa..

ESP Shaklee Produk Terbaikk

Assalammualaikum..

Sambungan entry hari tue, ari nie aku nak cerita tentang ESP Shaklee..haaa..mesti ramai yang duk search apa ESP Shaklee & kenapa produk nie yang paling rare & yang palinggggg dicari oleh semua golongan tak kira la kaum ibu2, bakal2 ibu, anak2 dara & golongan berusia..

Banyak tau khasiat die..aku yang consume selama 2 tahun nie boleh dah merasa & meyakini ESP nie..meh cnih nak senaraikan kebaikan2 die..

KELEBIHAN ESP UNTUK KECANTIKAN .
.
πŸ’₯ Menjadikan kulit jadi lebih cerah, anjal dan gebu
πŸ’₯ Mengatasi masalah parut gelap atau berlubang
πŸ’₯ Mengatasi masalah kulit terlalu kering / oily
πŸ’₯ Menjadikan kulit lebih halus dan lembut
πŸ’₯ Mengawal masalah pertumbuhan jerawat
πŸ’₯ Menguatkan akar rambut dan mengurangkan keguguran rambut
πŸ’₯ Mengekalkan tenaga untuk jangka masa panjang .
.
KEBAIKAN ESP DARI SUDUT KESIHATAN .
.
πŸ’₯ Meningkatkan sel darah putih yg merupakan sistem pertahanan badan
πŸ’₯Menguatkan rahim terutama yang pernah mengalami keguguran
πŸ’₯ Mengelakkan kerapuhan tulang
πŸ’₯ Memelihara kesihatan jantung
πŸ’₯ Membentukan sel-sel baru
πŸ’₯ Merendahkan bacaan bacaan diabetes dengan menstabilkan paras glukosa .
.
KHASIAT ESP UNTUK MASALAH GASTRIK
.
πŸ’₯ Mengurangkan keasidan dalam perut
πŸ’₯ Memgelakkan hakisan dinding perut
πŸ’₯ Membaiki tisu-tisu perut yang telah terhakis .
.
KELEBIHAN ESP UTK IBU MENGANDUNG
.
πŸ’₯ Meningkatkan imuniti badan ibu mengandung
πŸ’₯ Mengawal berat ibu mengandung dan elak daripada diabetes
πŸ’₯ Membantu pembentukan otot dan otak bayi
πŸ’₯ Membantu menjadikan kulit baby dan ibu lebih cantik dan gebu
πŸ’₯ Membantu ibu yg mengalami morning sickness dan alahan yang teruk
πŸ’₯ Bantu untuk kekal bertenaga

Banyak bebenooo kan..bulan2 puasa nie aku ambik sekali pagi selepas sahur & sekali petang selepas berbuka.. alhamdulillah, sepanjang hari walau berpuasa + menyusukan c Najwan, aku still bertenaga.. alhamdulillah, susu c Najwan pon cukup..bukan untuk yang menyusu sje ya, yang pregnant pon boleh..kalau yang jenis macam mak aku yang ada masalah gastrik, alhamdulillah spanjang amalkan ESP Shaklee nie spanjang bulan puasa, mak boleh dah puasa penuh tiap kali menjelang ramadhan..terbaikk mak..hihi..


wasap 01117872650 untuk pertanyaan ya..aku nie peramah tau..haha..di sebelah kita cerita tentang produk shaklee lain plak..

Friday 1 May 2020

Kisah Aku dan Shaklee

Assalammualaikum..

Lama dah berhabuk blog nie..rasa nak aktif balik..rindu sangat nak menulis, sibuk bekerja, berniaga, jaga anak2 sampai tak bukak blog kesayangan nie..

Di musim Covid 19 nie start PKP 18 Mac 2020 hingga tarikh hari nie 1 May 2020 keja aku kat umah duk melayan anak2 je la..ntah berapa banyak masakan yang aku try sampai aku rasa boleh jadi chef dah kot..haha..lebih2 lagi aku baru je lepas habis berpantang anak yang ke4(maju ke hadapan..haha)..bila dah banyak duduk saja, tambah2 tak kerja plak sekarang di musim covid, aku tetiba mendapat ilham untuk berniaga..aku duk perah otak setiap hari ape benda aku nak berniaga..berniaga sesuatu yang tak perlu untuk aku kena buat, bungkus & poskan..oh my, kalau aku kena buat semua tue..konpem aku tak mampu oiii, sebab aku tau tahap kemampuan aku..sampailaaa satu pagi tue masa bangun sahur pagi nak ganti puasa yang tahun lepas punya awal bulan 4 ari tue, aku tengah duk shake shake ESP Shaklee aku terdetik nak buat bisnes Shaklee..apa salahnya aku ambik peluang nie untuk berniaga..aku pengguna shaklee, aku la testimoni terbaik shaklee yang sihat sejak amalkan set daily shaklee, set mengandung shaklee, set berpantang shaklee & anak2 aku testimoni untuk set kids shaklee..syukur masa tue Allah bukak luas peluang aku untuk jana pendapatan lebih..

Sebenarnya aku dah lama jadi pengguna Shaklee nie..semenjak aku kehilangan anak kedua tahun 2017 (yang meninggal dalam perut-ada aku ceritakan dalam blog nie jugak) aku diperkenalkan produk shaklee oleh kakak ipar aku..die cakap, try makan produk shaklee untuk kuatkan rahim, supaya kekal sihat die cakap..aku tak setuju terus masa tue, aku buat research dulu pasal produk shaklee nih..bayangkan dua hari aku buat research..abis semua penjual shaklee dalam facebook aku tanya..abis semua tempat aku cari maklumat..dah buat research semua baru aku berani nak ambik set mengandung shaklee dan amalkan sepanjang preggy anak ketiga iaitu c nopal sekarang nie la..hihi..

Dah bersalin, aku teruskan consume ambik set berpantang plak..berbeza masa berpantang c kakak, aku rasa lebih sihat & bertenaga..susu pon meriah ya Allah rezeki c nopal exclusive breastfeeding sampai umur die setahun 6 bulan lebih then berhenti sebab aku tengah preggy c najwan plak..maaf sayang ya..

Bagi aku produk terbaik shaklee masa berpantang adalah ESP, Alfalfa & Lechitin yang aku panggil 3 beradik..jujur, aku jatuh cinta sangat dengan produk shaklee..dari preggy hingga ke bersalin hb aku cantik je..preggy lebih sihat & bertenaga..takde masalah kencing manis or darah tinggi, alhamdulillah..nanti di lain entry aku cerita kebaikan 3 beradik nie kalau betul2 amalkan untuk sihat..3 beradik yang aku sebut tadi tue bukan untuk orang yang mengandung & menyusu je tau..banyak lagi kebaikan die untuk orang dewasa, anak dara, yang ada gastrik, warga tua..kulit sensitif dll..berminat nak tau boleh wasap je, www.wasap.my/601117872650

Nanti lain entry kita sambung ya..lebih rajin memblog selepas nie rasanya..hihi..

#pengedarshaklee
#shakleealorsetar
#stayhomestayhealthy



Monday 2 September 2019

Coretan Hidup

Salam..

Ya Allah..lamanya aku tak menulis..terasa lama sangat tak membuka blog kesayangan nih..kesibukan aku sebagai seorang ibu, sebagai isteri, sebagai pekerja membataskan hidup aku..masa kian mencemburui..bergelar kepada dua orang anak, sangat2 memcabar diriku..melihat kerenah meraka yang kian membesar dari hari ke hari membuatkan hidupku indah..

Sekarang aku mengandung lagi, alhamdulillah, rezeki Allah nak bagi..terima kasih Allah..bertambah bilangan keluarga kecil kami..

Sekian entry kali nih..nanti ada masa mencoret lagi yeww..


Saturday 17 June 2017

Mengandung Lagi Selepas Keguguran

Assalammualaikum..

1st, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan buat semua umat islam seluruh dunia.  Alhamdulillah, diberi kesempatan lagi oleh Allah untuk menunaikan ibadahNya.

Entri kli nih lebih kepada bagaimana terkejutnya aku dengan reeki yang tidak disangka-sangka diberi oleh Allah di bulan yang MULIA ini..Alhamdulillah, betapa Pemurahnya Allah mendengar rintihan hatiku..

04/04/2017 : Complete delivered anak yang disahkan meninggal dalam perut tanpa aku sedari, ya Allah betapa cuainya aku.

14/05/2017 : 1st period after berpantang

16/06/2017 : Dapat result UPT positif. Alhamdulillah, cepat Allah bagi pengganti.

Sungguh semasa aku mengetahui yang aku kehilangan anakku pada 27/03/2017 betapa gelap dunia aku rasa.. setiap malam aku merintih kepada Allah.. memikirkan dimana silapnya aku.. apa yang aku makan yang menyebabkan aku kehilangan anakku.. namun akhirnya aku dapat terima kenyataan yang anak aku memang anak syurga, Allah lebih sayangkan dia.. doktor pun ada beritahu aku, maybe baby memang dah tak kuat untuk hidup, baby memang dah tak sihat.. Allah lebih mengetahuinya.. namun semasa dalam pantang, aku memang berpantang betul-betul sebab aku memang bertekad nak preggy balik cepat-cepat..

Sampai mak aku cakap, aku sangat cekal.. aku tak beritahu mak aku yang aku nak mengandung balik dalam msa terdekat.. aku simpan niat aku nih sorang-sorang jauh dilubuk hatiku.. bersama doa kepada Allah aku minta setiap hari semoga Allah makbulkan doaku.. aku makin rajin buat ibadah, bersedekah, lapangkan dada, yakin yang rezeki Allah tue sentiasa ada.. amennn..

Alhamdulillah, Allah dengar doa aku.. aku bersyukur tiada henti.. bertambah sayang aku kepada Allah.. semakin kuat aku beribadah tanda terima kasihku kepada Allah.. kalau dihitung usia kandunganku 4 minggu lebih.. aku rahsiakn preggy aku kali nih..hanya ahli keluarga dan sahabat terdekat yang mengetahuinya..biarlah masa berbicara sehingga mereka ketahui sendiri..

Kenapa aku cakap dalam blog aku nih? sebab hanya segelintir je sahabatku yang tahu kewujudan blog aku nih.. lagipula, bagi aku blog ini adalah diari hidupku.. 

Tips cepat mengandung balik selepas keguguran (bagi sesiapa yang nak mengandung balik)

1. Semasa berpantang, berpantang betul-betul. Samada soal makanan, cara tidur, rehat secukupnya, berurut & bertuku semua. Bagi badan betul-betul ready & sihat untuk mengandung balik.
2. Kalau saya, saya makan supplemen lengkap berpantang Shaklee + Set lengkap kesuburan.. berdisiplin makan jangan sesekali tinggal. 
3. Doa kepada Allah, jangan berputus asa berdoa. 
4. Jangan sedih-sedih, yakin ape yang Allah rancang itu adalah yang terbaik untuk kita. Bersyukurlah sebab ada dah saham akhirat yang menunggu kita kat syurga, bukan senang tau dapat nikmat tue.

Tue je nak kongsikan, maaf ayat mendatar jew. sebab tak tahu kenapa hati nih terlampau gembira & bersyukur sehingga ayat pun mendatar jew..muka banyak senyum..hihi..

Alhamdulillah...

Monday 8 May 2017

Erti Kehilangan - Berpantang Keguguran

Assalammualaikum w.b.t

Apa khabar semua??..nih entri aku yang pertama untuk tahun 2017 nih..sudah lama rasanya meninggalkan dunia penulisan blogger nih, setahun berlalu..banyak entri aku yang bersambung2 belum aku lunaskan..nanti ya, insyaAllah aku akan sambung perlahan2..

Entri kali nih adalah sempena memperingati pemergian anak kedua aku pada 27/03/2017 hari tue..macam mana ya nak mulakan..hurmmm..

Hari ini, genap 36 hari aku berpantang sendirian..alhamdulillah, perasaan, emosi & mental aku sudah kembali pulih seperti biasa..kalau pada awal aku mengetahui kehilangan anak aku semasa check up setiap bulan seperti biasa beberapa minggu yang lalu, sangat menguji iman & mental aku..bukan mudah ya tuan puan semua untuk seorang ibu menghadapi kehilangan anak yang dikandung..sebelum ini aku hanya mendengar daripada orang lain, kini aku sendiri yang merasainya..

Namun aku bersyukur, Allah bagi pinjam 5 bulan anak aku dalam kandunganku..sempat aku merasai tendangannya yang pertama..sungguh, aku tidak pernah menyangka bahawa aku akan terpilih dalam kalangan hambaNya untuk menghadapi situasi itu..terima kasih anak mama, sudi singgah dalam RAHIM mama walaupun hanya untuk sementara..terima kasih sayang..

Perasaan ketika menaip entri ini??? sangat sayu..namun aku percaya ada hikmahnya disebalik semua ini..siapalah kita untuk menidakkan, untuk menyalahkan semua ketentuan yang sudah ditentukan olehNya..Allah maha mengetahui disebalik semua ini..mulanya aku tidak dapat terima, menangis siang malam, merintih setiap saat, kalau boleh aku nak duduk di atas tikar sembahyang 24jam..dikala itu, terasa kerdilnya rasa diri ini, betapa Allah tue berkuasa untuk memberi dan kemudian DIA akan mengambil kembali pada bila2 masa tanpa kita jangka pun..Allahu Allah..tabahlah wahai hati..

Syukur suamiku, keluarga banyak memberi semangat dan kekuatan..terima kasih suamiku, sesaatpun tiadak membiarkan aku keseorangan, sentiasa bibirnya menguntum senyuman..teringat aku tatkala mula2 tahu, kami menangis sama2 didalam kereta..suamiku sanggup minta cuti pada hari tersebut kerana kegembiraan kami untuk mengetahui jantina anak kami dipemeriksaan 5 bulan, namun lain pulak yang kami terima..

"Harap puan bersabar banyak2 ya, anak puan takde degupan jantung" kata doktor yang memeriksa perutku diketika itu..

Allahhhh..aku dah tak dengar dah ape yang doktor tue cakap selepas itu, rasa nak pengsan kat situ jugak..segera aku ingat Allah, aku gagahkan diri keluar dari bilik doktor..laju aku berjalan keluar, takungan airmata sudah tidak dapat ditahan..jauh aku meninggalkan suamiku yang terpinga2..

"Anak kita dah tiada abang"aku  menjerit seperti orang gila..

Terkejut suamiku..kami sama2 menangis dalam kereta, dekat setengah jam jugak kami merintih..bibir tak henti2 sebut nama Allah..tabahlah wahai hati2 yang hina, hatiku yang penuh dosa..

Kini, aku mahu kekal positif..tidak mahuku terlalu mengikut pilunya hati..aku kena teruskan hidup..Nabilah anak sulungku kan ada..mungkin Allah nak tegur kami, supaya kembali kepadaNya..dalam kealpaan mengejar dunia, kami leka bahawa semua datangnya daripada Allah..untuk kuatkan hatiku kembali, aku sentiasa mengingatkan diri aku..

1. Sentiasa percaya semua musibah yang Allah berikan, akan ada hikmah disebaliknya..
2. Sentiasa percaya bahawa janin yang pergi itu, memang tak sihat seawal dalam perut..jadi Allah ambil awal daripadaku..alhamdulillah, ada dah darah dagingku di dalam syurga menungguku..tunggu mama,papa & Kakak Nabilah ya sayang..
3. Yakin bahawa Allah akan beri pengganti yang lebih baik..ameenn..

Sekarang tengah tunggu period yang pertama, sebolehnya aku ingin cepat2 mengandung kembali..semoga Allah perkenankan doaku siang dan malam..ibu2 yang pernah mengalami situasi sepertiku, andalah ibu2 yang hebat juga..sayang semuanya..

Amenn..

Terima Kasih sudi baca entri kali ini...

Wednesday 9 March 2016

Cerita 1: Maklumat Diri Anda yang Perlu Dirahsiakan..

Assalammualaikum...

Ok, ape yang aku nak ceritakan hari ini adalah berkaitan dengan pengkalan data anda pada "google searching"..Dalam banyak2 entry aku dari tahun 2012 nih adalah first time aku kongsi berkenaan dengan kos yang aku ambik masa belajar degree dulu. fuhhh..entry nih akan panjang berjela..mungkin akan ada sambungan yang panjang berjela jugaklah ye..hihi..aku akan kongsikan ape yang aku baru saja alami dalam 2 hari lepas..sangat memberi pengajaran yang berharga kepada aku TERUTAMANYA..yelah kan, semua tue mengajar aku menjadi lebih dewasa..eyhhh, bukan sekarang aku dah dewasa kew???..siap dah ada anak semua kan..haha..ok2..maksud aku menjadi lebih beringat, lebih berhati2..

Dalam kemajuan yang sangat cepat sekarang, kadang2 akan berlaku sesuatu yang kita tidak jangka..huhu..skema punya ayat..hahaha..

Panjang benooo la intro kan (muka sengeh ckittt)..ok, straight to the point..krik...krik..krik..

* aku ceritakan dalam bentuk cerita la lebih mudah sebab aku xtau nak mulakan dr mne..haha

Suatu pagi yang indah..

Penatnya, gesus hatiku..haus campur lapar, panas terik mentari di penghujung usia bumi semakin terasa..ya Allah..aku bukan semakin muda..semakin mengejar tua..

Baru sahaja melabuhkan punggung, aku bersandar kepenatan di kerusi malas..mataku melilau memerhati kawan2 sesama department yang asyik membuat kerja..aku memejamkan mata sekejap, terasa mengantuk hadir menyengah..penat menjaga anakku yang tidak sihat semalaman juga kian terasa..

"kring..kring"..handphone ku berbunyi minta dijawab dari si pemanggil..tanpaku melihat siapa yang memanggil, laju tanganku menekan butang answer..

"Assalammualaikum..sape nih?" kata si pemanggil..mataku yang mengantuk tadi terasa segar sedikit..aku sedikit pelik, kenapa pemanggil bertanyakan siapa aku?? kalau tidak kenal siapa aku kenapa call aku ok..!!

"Siapa nie?"..tanyaku malas..

"Nie kat mane ya?"suara pemanggil lembut kedengaran..

"Aikk..kat mane??..who are you??"aku dah mula baran..ehhh..kepenatan kan, so aku mmg xde masa nak  lyn org yg men2 pagi2 nih..

"Tak..nih kat mane?"tanyanya lagiiii..OMG!!!aku dah hilang sabar..

"Awk salah no nih, dan saya xde mse nak lyn awk.."suaraku mula meninggi..

Aku tekan button off..mulutku mula mbebel..seminit berlalu..si pemanggil kembali call..aku off handphone..

Setengah jam aku off aku on kn kembali handphone..3 missed call from 01114xxxxxx..

Aku mula berang..aku click no fon tue, BLOCK THIS NUMBER..naaa..aman dunia..haha..

Bersambung di entry seterusnya..