Friday, 3 January 2014

Tarikh Dah Ada

Bismillahirahamanirahim..

Hatiku berbunga-bunga..jeng..jengggg...hahaha..

Nak tahu nape? Sebab aku nak KAHWIN!!..alahaiii..orang nak cakap aku gatal pon ikottts larhhh..ada aku kesahh?..nih Blog aku, aku punyekk pasal lerrr..miahaha..

Tarikh dah termaktub pada awal Jun 2014, alhamdulillah..jadi akan bermulalah kesibukkan aku dalam menjalani hari-hari yang mendatang bagi perancangan jangka masa yang lama..aku pon dengan penuh bersemangatnya mesej kengkawan aku untuk bertanyakan perihal urusan kahwin nih..kengkawan aku bagaikan tidak percaya, tidak percaya??ape kess??sebab antara semua masa belajar dulu aku yang paling bersemangat gtau diorang semua aku nak kahwin awal..alih-alih pah form 5 berduyun-duyun kengkawan aku yang senyap dan kaki kutuk aku dulu yang kahwin awal dari aku..

Ingatkan settle semua impian aku tue akan terlaksana dengan harapan pah form 6 aku yang akan kahwin ruperrrnyerrr ndak lagi..aku siap masuk universiti dan sekarang umur aku 2* tahun dan nak dijadikan ceriternyerrr aku adalah orang yang palinggg last kahwin antara kengkawan aku..muahahaha..lucu jugak bila ingat balik..alahaiii, aku nih kang..

Soo, bila dah ada tarikh gnih aku dengan penuh bersemangatnya melaksanakan urusan perkahwinan aku..Ya Allah, permudahkan segala urusan hambaMu ini ya Allah..

Janji akan terpatri..bersatu ikatan dua hati..semoga kekal hingga ke Syurga..

Thanks to read this entry!!

0 comments:

Post a Comment