Tuesday 20 November 2012

Erti Bahagia

.:: Ceria? Ceria sebenar bagaimana ya?

"Kalaulah hari-hari ceria seperti Haura kan best..ada masalah pun tetap tersenyum.."

Aku hanya mampu tersenyum bila dilabelkan sebegitu rupa..bukan sekali dua aku mendengarkan sahabat aku labelkan aku begitu..sudah acap kali..aku hanya mampu TERSENYUM..memang aku tidak pandai mempamerkan kesedihanku..melainkan jika aku betul-betul tidak dapat menahan kesedihan..hanya mampu mengadu kepada Allah..aku bukan sekuat mana..kadang-kadang airmata tumpah jua..secara liabilitinya aku sering kesedihan, mungkin kerana aku selalu memendam perasaan..apa yang bisa aku pegang hingga kini adalah semua kesedihan itu berpaksi kepada tarbiyyah daripada Allah..ingin menguji sejauh mana aku bersabar mengharunginya..Allahurabbi..
----------------------------------------------------------------------------------------------

Kadang-kadang aku mengintai bintang
Namun apa yang aku temui disebalik 
awan hanyalah pekat kegelapan malam..

Kadang-kadang aku membisik kata..
Namun yang hanya mendengar setia hanya
angin malam yang terbawa..

ya ALLAH..
Beri aku secebis kekuatan dalam menghadapi ranjauMu
Walau sesungguhnya aku tahu jalan penuh berliku..

Duhai bidadari dunia..
Bukan sekadar hiasan cuma..
Namun memikul tanggungjawab yang berat..
Dalam membimbing para pujangga pengintaimu..
Kuatkan mujahadah..
JANGAN LEMAH..
Ingat perjuanganmu bukan sekadar 
senipis sehelai rambut..
NAMUN memerlukan kekuatan lahiriahmu..
BANGUNLAH MUSLIMAH SEJATI..
Kekasih Allah..

Saturday 17 November 2012

Muhasabah CintaNya

::Seringkali terduga dengan dugaan kadang-kadang membuatkan diri ini lemah..airmata gugur jua bersama keinsafan..ya Allah, tarbiah untukku..bukan semua akan mendapat dugaan dariNya..hanya hambanya yang terpilih sahaja..dugaan yang aku hadapi takkan setanding dengan dugaan yang dihadapi oleh saudara seislamku di Gaza kini...Allahurabbi..terasa kerdilnya jiwa..menitis airmata tatkala mendengar cerita berita duka dari sana..

"ya Allah..apa yang mampu aku lakukan buat saudaraku disana?.."

Bagaimana harusku bertindak tanpa senjata, tanpa minda yang ligat berfikir..???..terkesan pada kata-kata tarbiah daripada seorang ustazah yang aku kagumi...tidak semestinya kita perlu mengangkat senjata, juga tidak semestinya kita perlu pergi ke sana..kita juga mampu berjuang dengan doa dan bantuan seumpama wang ringgit dan kerahan tenaga menyedarkan semua saudara islam kita yang lain..sudah sedekad abad lamanya saudara kita di Gaza menderita..namun ya Allah, Allah janjikan mereka syurga untuk "jihad fisabilillah" yang diperjuangkan..Subhanallah..
---------------------------------------------------------------------------------------
Marilah bersama-sama kita doakan kesejahteraan saudara kita di Gaza..doakan semoga semangat mereka tidak pernah lemah, tidak pernh gentar..malahan yakin bahawa bantuan daripada Allah itu pasti ada...Allahuakbar..


Wednesday 7 November 2012

Sedetik Berlalu

::Saudara kita yang terdekat adalah adik kandung kita sendiri..cerminan peribadi mereka sedikit sebanyak akan mencontohi kita..seperti mana aku, seorang kakak dari jauh..seawal usia 13 tahun aku sudah melangkah ke sekolah asrama penuh jauh daripada keluarga dan adik-adik..masaku tidak banyak terluang bersama mereka..sehingga aku masuk di sebuah institut pengajian tinggi di sebelah utara, semakin menjauhkan jarak kami..namun, bukan mudah semua itu untuk dilalui..kadang-kadang ketakutan menyelubungi diri, takut adik-adikku tidak rapat denganku..aku mengambil langkah terbaik, dengan membelikan mereka hadiah setiap kali aku pulang ke kampung halaman..kadang-kadang menghubungi mereka seorang demi seorang..tidak kisah kredit habis asalkan dalam sebulan itu aku ada bertanyakan khabar mereka, perkhabaran berkenaan kewajipan seharian, pelajaran, kesihatan dan kehidupan..

Usahaku tidak sia-sia..hubungan kami rapat walaupun jauh, tetap erat dengan kasih sayang walaupun jarang berjumpa..kedatanganku selalu dinantikan, bila bertemu 1001 cerita yang aku kongsikan bersama mereka membuahkan gelak tawa penuh kebahagiaan..sungguh indah ikatan persaudaraan yang aku miliki..Alhamdulillah..sesungguhnya aku tidak akan membiarkan ikatan ini jauh dan hilang kasih sayangnya..Allahumma Amiinn..
-------------------------------------------------------------------------------------------
Mood :: Baru mendapat mesej dari adik tersayang mengkhabarkan dia dapat menjawab kertas ujian MATEMATIK (SPM) dengan baik..walaupun dia lelaki, sangat-sangat akrab denganku..kekecewaannya dulu dalam PMR akan ditebus..itu janjinya pada ibu..sayang semuanya..semoga urusan adik-adikku yang lain juga dipermudahkan..Allahurabbi..Rabbi yassir wala tua'sir, rabbi tammim bilkhoir..


Tuesday 6 November 2012

Wanita Solehah

::Wanita itu diciptakan daripada tulang rusuk lelaki yang bengkok?

Seringkali kita terdengar kalimah ini:

Dalam hadis sahih, Riwayat Al Bukhari & Muslim, Nabi berkata, "Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang dibahagian teratas.  Sekiranya kamu cuba meluruskan nya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu membiarkannya akan terus bengkok selama-lamanya.  Justeru, berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan) ".
--------------------------------------------------------------------------------
Mood :: Pagi yang indah, aku bangun bersama mimpi yang indah juga, terasa begitu mendamaikan..tidur malam yang penuh berkat, terasa hebat dan menyenangkan ibadah pagi ini..Allahurabbi..



Sabarlah Duhai Hati

Bagaimana anda mengawal kemarahan anda?


Adakah dengan menumbuk meja, menghempas telefon, mencaci maki, memaki hamun, atau dengan segala sesuatu?..resepinya IKUT CARA RASULULLAH SAW mengawal kemarahan Baginda..


Nabi Muhammad SAW pernah memberikan petunjuk. "Jika kamu marah dalam keadaan berdiri, maka duduklah..Jika kamu masih marah, padahal sudah dalam keadaan duduk, maka berbaringlah..JIka kamu masih marah, padahal sudah dalam keadaan berbaring, segera bangkit dan ambillah wudhu' untuk bersuci dan lakukan solat sunat dua rakaat."


------------------------------------------------------------------------------
::Senyumlah walaupun pahit..orang di sekeliling anda tidak bersalah..lepaskan kemarahan dengan zikrullah..

Mood :: Sabar itu Indah..bagi sesiapa yang di uji..sabarlah.."Mengapa pilih derita?..pilihlah untuk bahagia, pujuklah rasa"..biarlah mereka membuatmu marah, tetapi jangan biarkan kemarahanmu membuatkan urusanmu dengan ALLAH terganggu..Allahurabbi..

Monday 5 November 2012

Tautan Hati

::Seorang adik menulis email kepadaku..terasa rindu menerjah..terimbau kembali kenangan lama..ikatan ukhwah yang terjalin terasa indah subur di hati..

--------------------------------------------------------------------------------------------

"Assalammualaikum kak..apa kabar iman di hati? apa kabar ukhwah cinta? masih adakah usrah yang terbina?"

---------------------------------------------------------------------------------------------

Terasa tersentak dengan sapaan ringkas begitu..lama sudah aku tidak menghadiri usrah..kesibukkanku dalam rutin harian menjadikan aku lalai dengan pengisian roh dakwah sebegitu..menitis airmata..baru ku temui jawapan pada keresahan hatiku selama ini..aku rindukan ukhwah yang terbina kerana ALLAH sebenarnya..ukhwahku dulu, 'terasa hidup' dengan pengisian saling berpesan-pesan kepada kebaikan..bila lalai, akan ada 'mesej' yang menyapa di skrin hp

.:: "Sahabat..marilah kita bersama menghidupkan perasaan cinta terhadapNya dengan Usrah yang membina"
From : sekian2
No : 0123456789 ::.

Sekarang tiada pula, mesej yang masuk berupa pesanan terhadap perniagaan yang kian berkembang..tiada mesej dakwah diterima, tiada juga pesanan indah kepadaNya menerpa..tanpa sahabat yang terbaik begini disisi..terasa sepi sanubari..

~ Nabi S.A.W bersabda, yang bermaksud : "Seseorang itu adalah bersama dengan orang yang dikasihi" (Riwayat Al Bukhari & Muslim, dari Abdullah Al Mas'ud r.a) ~

Sahabat yang baik itu selalu mengajak ke arah kebaikan..Allahurabbi..

Sahabat yang baik..semerbak haruman firdausi..tanpanya terasa sunyi taman yang terisi, terasa dicemari taman yang indah jika hanyut dengan dunia sendiri..

Mood :: Indahnya ukhwah terdahulu..menggamit rindu...

Perjalanan Seorang Da'ie

:: Sejenak bertapak pada sesuatu yang baru..biar tampak kelam terus menerus melangkah tanpa jemu..mungkin aku bukan orang pertama yang diuji dengan pelbagai dugaan tapi aku seseorang yang kadang-kadang kalah dengan dugaan..berjuang untuk kejayaan hidup bukannya mudah, kadang-kadang jatuh tersungkur keluh kesah meniti dibibir..ada ketika juga bahagia, lupa pula pada nikmat Allah..sesungguhnya aku bukanlah hamba yang kuat dalam menjalani UJIAN berupa nikmat kesenangan dan susahMu ya Rabbi..

----------------------------------------------------------------------------


Mood :: Fitrah dunia..kadang-kadang di atas kadang-kadang di bawah..penentu kejayaan bukanlah terletak pada sejauh mana kejayaan seseorang itu tapi pada sejauh mana kesusahan yang dia alami untuk meraih kejayaan dan kebahagiaan itu..Allahurabbi..indahnya hidup saling berpesan-pesan tentang kebaikan..


"Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan mereka sendiri yang mengubahnya.."Surah Al-Ra'd~Ayat 13 : 11