Friday, 20 December 2013

Nak kurus tak?

Bismillahirrahmanirahim..

Ehem2..jumpa lagi ya sahabat2ku..kali nih nak kongsi tips kuruskan badan..cehh, bajet pakar sangat dah aku nih..hahaha..pepon sebenarnya tujuan aku nak kongsi pengalaman aku selama dalam proses kuruskan badan dulu, berkesan uolls..

Aku tak guna produk2 yang melambak macam pisang goreng kat pasaran tue, kalau silap ambik ubat boleh mendatangkan kemudaratan sebab kita benar2 tak tau apa kandungan yang ada dalam setiap produk tue..jadi, jangan coba2..peringatan bersama oleh kementerian kesihatan malaysia..:)

Panjang pulak aku melalut, tajuk bukan main gempak lagi kan tapi intro panjang berjela..hehe..meh aku nak kongsi ngan korang yerkk..aku berjaya kuruskan badan dalam masa 2 bulan jew..tak cayee? Kne percaya jugak..hahaha--->gelak jahattt..

1. Minum banyak air kosong
* Kalau ase lapar jew aku akan sedut air kosong..ambikk,sedut tue..hahaha..sebabnya, bila perut ase kenyang ngan air kosong konpem tak teringin nak makan dah..ngeh3..lagipun memang kita disarankan untuk minum air kosong 8 liter sehari pon kan..so, apa tunggu lagi? Mulakan sekarangg!!

2. Jangan makan makanan berat tengahari dan malam
* Masa yang sesuai adalah makan makanan berat pada waktu pagi..nak melahap sampai pengsan pon xpe..hehe..nasihat aku, kunyah sampai 40x baru telan..pandainyerkk aku bagi nasihat tapi tak pernah buat pon..hahaha..aku makan dan telan jew..

3. Puasa
* Nih diet yang paling baik! Sebab Allah yang anugerahkan kepada kita cara yang menjadi kajian para pakar saintifik nih..semua pengkaji mengakui kebenaran tentang manfaat puasa, ayuh amalkan..aku biasanya amalkan puasa sunat setiap hari isnin dan khamis-->kalau Allah tak bagi cuti la..heee..sekarang tengah usaha nak istiqomah puasa selang sehari..ameen..nasihat aku, jaga pemakanan masa berbuka..jangan melantak makan segala bagai pulak ya..maklumlah dah tahan nafsu makan sehariankan..hee..

4. Makan petang sebelum maghrib
* Penting!! Pernah piker tak nape kita berbuka puasa masa maghrib? Sebab tak elok untuk makan pada waktu malam..tapi masalah masyarakat kita sekarang nih, masa kol 9 - 10 tue la nak makan malam..sibokkk jew memenuhi kedai makan dengan order bermacam bagai..alahai..tak baikkk!! Makan buah dan minum air kosong jew waktu malam dah cukup!!..dengar tak nih?.pulas telinga baru tauuu..haaa..

5. Bersenam
* Solat itu senaman paling baikk..akui la kekuasaan solat, sangat2 hebat..bayangkan seluruh tubuh kita bergerak dan bertindakbalas dengan baik dalam solat..tak guna pegi bersenam kat taman namun aurat tak dijaga..namun bersenam kat rumah dengan solat yang sempurna, aurat terjaga maruah terpelihara sihat sentiasa..woww..hebatnya agama Islamku..Allahuakbar..

Akhir sekali, aku tak bagi jaminan korang pon boleh kurus dalam masa 2 bulan, Apa yang pasti..usaha, nawaitu dan istiqomah kena berterusan..

P/s: Jaga kesihatan, kerana ianya anugerah Allah yang paling bernilai..terima kasih sudi baca entry kali nih..daa..

*Sayangsangatmylovelytabbynihsebabsenangnakupdateblogkesayangantakkiratempat..untukmu,terimakasihataskelengkapandiriku..

Jadilah insan paling bahagia..sayangi dirimu..



0 comments:

Post a Comment