Saturday 8 December 2012

.:: Mahligai Impianku ::.

:: Rasa ingin menjalani alam rumah tangga itu fitrah..aku ingin sekali menikmati halalnya sebuah ikatan..bila sang Adam menyapa ingin menyunting Hawa terasa indahnya saat itu..takkanku menunggu lama untuk menyatakan persetujuan..tapi entahlah..atas alasan apa Adam tidak mahu melamar Hawa..

"Takde pekerjaan lagi..nanti nak teruskan hidup macam mana?"
"Masih terlalu awal..kita belum puas menikmati alam remaja.."
"Sabar dulu..tak lama lagi bukan, tunggu 2 tahun lagi.."

Beribu aneka jawapan yang diberikan..kadang - kadang terfikir..kalau tidak mahu kahwin, jangan berani mencuba cinta..ingin menjaga maruah si Hawa kononnya namun diusung ke hulu ke hilir..entahlah..apa daya Hawa ingin menyatakan sesuatu yang melebihi kemampuan seorang wanita..perlu menunggu dan menunggu lamaran datang bertamu..tetapi tak adilnya, bila setia menunggu sang Adam berkahwin pula dengan wanita lain..sakitnya hanya Allah yang tahu..manusia hanya pandai mencipta janji..tapi yang susahnya adalah bila hendak menepati..fikrah memang begitu..berani bercinta berani untuk kecewa...