Friday 1 May 2020

Kisah Aku dan Shaklee

Assalammualaikum..

Lama dah berhabuk blog nie..rasa nak aktif balik..rindu sangat nak menulis, sibuk bekerja, berniaga, jaga anak2 sampai tak bukak blog kesayangan nie..

Di musim Covid 19 nie start PKP 18 Mac 2020 hingga tarikh hari nie 1 May 2020 keja aku kat umah duk melayan anak2 je la..ntah berapa banyak masakan yang aku try sampai aku rasa boleh jadi chef dah kot..haha..lebih2 lagi aku baru je lepas habis berpantang anak yang ke4(maju ke hadapan..haha)..bila dah banyak duduk saja, tambah2 tak kerja plak sekarang di musim covid, aku tetiba mendapat ilham untuk berniaga..aku duk perah otak setiap hari ape benda aku nak berniaga..berniaga sesuatu yang tak perlu untuk aku kena buat, bungkus & poskan..oh my, kalau aku kena buat semua tue..konpem aku tak mampu oiii, sebab aku tau tahap kemampuan aku..sampailaaa satu pagi tue masa bangun sahur pagi nak ganti puasa yang tahun lepas punya awal bulan 4 ari tue, aku tengah duk shake shake ESP Shaklee aku terdetik nak buat bisnes Shaklee..apa salahnya aku ambik peluang nie untuk berniaga..aku pengguna shaklee, aku la testimoni terbaik shaklee yang sihat sejak amalkan set daily shaklee, set mengandung shaklee, set berpantang shaklee & anak2 aku testimoni untuk set kids shaklee..syukur masa tue Allah bukak luas peluang aku untuk jana pendapatan lebih..

Sebenarnya aku dah lama jadi pengguna Shaklee nie..semenjak aku kehilangan anak kedua tahun 2017 (yang meninggal dalam perut-ada aku ceritakan dalam blog nie jugak) aku diperkenalkan produk shaklee oleh kakak ipar aku..die cakap, try makan produk shaklee untuk kuatkan rahim, supaya kekal sihat die cakap..aku tak setuju terus masa tue, aku buat research dulu pasal produk shaklee nih..bayangkan dua hari aku buat research..abis semua penjual shaklee dalam facebook aku tanya..abis semua tempat aku cari maklumat..dah buat research semua baru aku berani nak ambik set mengandung shaklee dan amalkan sepanjang preggy anak ketiga iaitu c nopal sekarang nie la..hihi..

Dah bersalin, aku teruskan consume ambik set berpantang plak..berbeza masa berpantang c kakak, aku rasa lebih sihat & bertenaga..susu pon meriah ya Allah rezeki c nopal exclusive breastfeeding sampai umur die setahun 6 bulan lebih then berhenti sebab aku tengah preggy c najwan plak..maaf sayang ya..

Bagi aku produk terbaik shaklee masa berpantang adalah ESP, Alfalfa & Lechitin yang aku panggil 3 beradik..jujur, aku jatuh cinta sangat dengan produk shaklee..dari preggy hingga ke bersalin hb aku cantik je..preggy lebih sihat & bertenaga..takde masalah kencing manis or darah tinggi, alhamdulillah..nanti di lain entry aku cerita kebaikan 3 beradik nie kalau betul2 amalkan untuk sihat..3 beradik yang aku sebut tadi tue bukan untuk orang yang mengandung & menyusu je tau..banyak lagi kebaikan die untuk orang dewasa, anak dara, yang ada gastrik, warga tua..kulit sensitif dll..berminat nak tau boleh wasap je, www.wasap.my/601117872650

Nanti lain entry kita sambung ya..lebih rajin memblog selepas nie rasanya..hihi..

#pengedarshaklee
#shakleealorsetar
#stayhomestayhealthy



No comments:

Post a Comment