Wednesday 17 July 2013

Mendidik hati dengan Solat.

Bismillahirahmanirahim..

"Masih awal lagi, baru pukul 1 pagi"gumam Afifah bila Hawa menegurnya supaya tidur. Dia berdengus kasar, matanya tajam merenung laptopnya.

Hawa terdiam, bukan dia tidak kenal Afifah yang suka berfacebook, chatting, dan melayan cerita korea malam-malam sehingga habis. Namun dia memang terganggu tidurnya kerana sesekali Afifah gelak sakan depan laptop kesayangannya. Entah apa dibualkan bersama teman chattingnya. Mungkin juga kelucuan yang sekali sekala dalam cerita yang ditontonnya.

Hawa menarik nafas, istighfar menghiasi hati, sedikit senyuman terukir dibibirnya. Aku harus sabar, bisik hati kecil Hawa. Dia bingkas bangun untuk ke bilik air mengambil wudhu'. Terasa air wudhu' yang menyegarkan wajah dan hatinya di pagi buta penuh indah itu. Hawa menggigil kesejukkan, berjalan perlahan menuju ke bilik semula. Pintu dikuak perlahan, Hawa ingin menunaikan solat tahajjud. Telekung dicapai dibirai katil, sengaja dia meletakkan disitu agar jika dia tersedar daripada tidur di malam hari, matanya akan terus tangkas melihat telekung tersebut. Biarlah malam harinya dihiasi ibadah kepada Allah.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Ini situasi biasa yang di alami di zaman universiti, juga berlaku bagi sekawan yang tinggal di rumah yang sama. Situasi ini akan menyebabkan berlakunya perbalahan, memasam muka, salah faham, masalah mengantuk di waktu pagi dan sebagainya. Masalah mengantuk menjadi satu isu penting akibat kurang tidur. Namun, kita sebagai umatnya harus menteladani Rasulullah saw. Ketahuilah, Rasulullah s.a.w. tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah s.w.t. memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yang berbunyi:

“Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi”

Untuk itu, para fuqaha’ memakruhkan tidur selepas solat subuh. Disebutkan ulama bahawa tidur selepas solat Subuh adalah makruh, dikecualikan dari kemakruhan ini adalah mereka yang berjaga malam uuntuk qiyam dan sebagainya.

Bagaimana cara untuk mengelakkan ketiduran selepas solat subuh? Tips untuk mengelakkan tidur adalah:

01.Solat Subuh
Jangan tinggal solat Subuh bagi yang boleh melaksanakannya. Dan lebih elok, sambung dengan bacaan Ma’thurat atau al-Quran.

02.Senaman
Buatlah senaman yang ringan dalam rumah, kalau rajin, berjoging di luar rumah. Jalan kaki juga dikira senaman.

03.Sembang
Rupanya borak-borak pun boleh hilangkan mengantuk. Selalu juga buat kalau ada sahabat yang turut tidak tidur lepas subuh. Tapi jangan sembang benda- benda yang melalaikan nanti pagi-pagi sudah kumpul dosa. Bagi suami isteri, ambil masa ini untuk bermusyawarah bagi berbincang permasalahan juga berkongsi kasih sayang melalui saling nasihat menasihati dan mengingati.

04.Mendengar tazkirah pagi.
Bagaimana lagi? Dengan mendengar tazkirah pagi. Sambil-sambil menyapu, hiasi halwa telinga dengan mendengar sesuatu yang indah untuk di dengarkan. Dapat juga ilmu yang baik.

05.Sarapan
Sediakan sarapan di awal pagi. Sarapan pagi itu penting untuk kesihatan. Ambillah berupa sarapan amalan Rasulullah saw.

Kesimpulannya, mesti istiqomah ya untuk melaksanakan tips ini dengan sempurna supaya betul-betul berkesan. Selamat beramal.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Melihat kelibat Hawa yang menunaikan solat tahajjud dengan penuh khusyuk dan tawadduk, terdetik perasaan malu dalam Afifah. Hawa tidak menjawab walau sepatah jawapan yang dia berikan tadi. Selama ini memang Hawa tidak pernah berkasar dengannya. Sikapnya yang suka ketawa dan menekan keyboard laptopnya dengan kasar dan kuat selalu mengganggu Hawa yang tengah tidur. Mata Afifah tidak beralih daripada memerhatikan pergerakan solat Hawa. Matanya beralih pula kepada dirinya, merenung kembali. Dia jarang menunaikan solat Tahajjud, seingatnya mungkin hanya tiga kali seumur hidupnya. Jika solat sunat juga jarang, bagaimana dengan solat fardhu yang wajib? Afifah menangis, solat fardhu dia selalu tinggalkan fardhunya. Selalu tertangguh. Kadang-kadang sahaja dia lakukannya. Mudahnya dia leka dengan kehidupan dunia.

Usai Hawa solat, Afifah terus meluru dan memeluk sahabatnya itu. Terbit sebuah kasih sayang yang terbina sekian lama. Sahabat sejati membawa kita ke jalan Allah. Indahnya islam bukan, :).


Terima Kasih sudi baca ya..


Monday 8 July 2013

Salam Ramadhan..


Ahlan Wasahlan ya Ramadhan..

Bismillahirahmanirahim..

Tinggal sehari sahaja lagi di ambang Ramadhan, aku menghitung-hitung sisa masa yang tinggal. Sesekali aku melirik ke arah jam dinding, terasa begitu cepat masa berlalu. Malam ini akan diumumkan tarikh Ramadhan tahun ini yang dinantikan oleh umat islam.

Jadual untuk bulan puasa aku tidak siapkan lagi, ya Allah. Hatiku berdesis perlahan. Betapa kesibukan menjadi alasan yangku reka untuk menutup kesalahanku sendiri terhadap diri. Tanganku pantas menaip. Menghabiskan sisa kerja yang ada. Sedaya aku ingin menghabiskannya supaya sempat untukku merangka jadual perjalanan ibadahku sepanjang bulan puasa nanti.

----------------------------------------------------------------------------------

Malam, jangan lupa niat puasa:

Nawaitu saumagadin an'adai fardi syahri ramadhana hadzihissanati lillahita'ala

Maksudnya: 

"Sengaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan fardhu puasa pada bulan Ramadhan bagi tahun ini kerana Allah Taala"


04.45 am – Bangun pagi, baca doa dan ucapkan kesyukuran “Alhamdulillah, terima kasih Allah masih diberi kesempatan untuk menunaikan ibadah puasa tahun ini” Ameen..Ambil Wudhu dan tunaikan solat Tahajjud..

05.30 am – Selepas panaskan lauk, sahur. Bismillahirahmanirahim..


05.50 am – Selepas mandi, berwangian(..tidak berlebihan, untuk mengadap Allah kena wangi..) bersiap gerak pergi surau an-Nur berdekatan untuk Solat Subuh, Ya Allah, semoga aku diberi kekuatan untuk menunaikan solat subuh disurau setiap hari sepanjang bulan Ramadhan. Baca Quran jangan lupa ya!!!

06.45 am – Balik dari Surau, bersiap untuk pergi kerja pulak..haaa..(..kalau hari minggu, pergi jogging laa..muahahaha..boleh percaya kew nih..hehehe..)

07.45 am – Gerak pergi kerja..(..sampai petang..)

04.30 pm – Balik kerja, gerak untuk ke Bazaar Ramadhan..(Berbelanja ikut keperluan, membazir amalan Syaitan..)

07.20 – 07.30 pm – Berbuka puasa, bersiap-siap pergi Solat Tawarikh..(..semoga Istiqomah)..Ameen..

09.00 pm – Balik Tawarikh~sambung baca Quran..

09.30 pm – Buat kerja yang tertunggak..

11.30 pm – Tidur. “Bismikallahumma Ahya Waamut”

---------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah, siap jugak jadual bulan puasaku. Terima Kasih Allah. Semoga Ramadhan tahun ini penuh bermakna dengan kehadiran bulan yang mulia ini.

Terima Kasih Sudi Baca ya..Salam Ramadhan..

Wednesday 3 July 2013

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Bismillahirahmanirahim..

Waa..apa kabar semua? hurmm..nampaknya puasa tinggal 6 hari sahaja lagi kan..dah ganti posa semua? haaa..bagi yang belum ganti tue jangan lupa ganti untuk beberapa hari lagi yang tinggal nih..

Apa yang perlu dibuat untuk Ramadhan? Persediaan itu kena ada...
Warming up Ramadhan..

1. Audit diri, azam kena mantap..nak posa penuh? Kena usaha nak penuhkan posa..Niat posa jangan lupa..

2. Jaga Pandangan..jaga pandangan ya daripada memandang segala benda yang menuju ke arah kemaksiatan..

3. Tutup aurat..haaa, nih tanda kita hormat bulan yang mulia nih..kekadang tue ada yang tak paham..hurmm..keciannn..jadi paham-pahamkan diri u oullss ya..

4. Jangan mengumpat!!! Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih besar dosanya daripada zina. Sesungguhnya orang yang melakukan zina, apabila dia bertaubat Allah akan menerima taubatnya. Namun bagi yang mengumpat, dosanya tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis RiwayatIbnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)Ingatttt..Jangan mengumpat tau..

5. Mari Cuba ya untuk muhasabah diri..Persiapan Ramadhan juga penting tau..Jangan ingat Raya jew..

* Semoga Ramadhan tahun ini penuh bermakna..Ya Allah, tak sabarnya menyambut Ramadhan..


Terima Kasih Sudi Baca ya..