Tuesday 18 June 2013

Jualan Amal untuk Syria & Rohingya

Bismillahirahmanirahim..

Love Palestine, Love Syria, Love Rohingya, Love For Gaza..Allahu Allah, sahabat sekalian mesti mempunyai banyak baju-baju dan barangan terpakai yang masih elok kan? Jom kumpul pahala dalam membantu saudara sesama Islam kita dalam Jualan Amal untuk Syria & Rohingya..


Ingatlah, sedikit yang kita sumbangkan, berjuta yang akan bahagia menerimanya..

* Terima Kasih sudi baca ya..

Thursday 13 June 2013

Nutox vs Simply Siti

Bismillahirahmanirahim..

Baru-baru nih muka tumbuh jerawat..bermakna dah tak boleh gune dah Nano White yang aku duk gune selama nih..alaa, sayangnyee..masih banyak lagi yang tak terguna..hurmm..sapa nak?nak jual la..muahahahaha..
Produk Nano White..

Masa sembang ngan kawan sepejabat, keluarlah idea diorang untuk perkenalkan produk yang diorang duk gune, Nutox. Aku nih cepat terpengaruh sikit ngan cerita yang diorang gtau berkenaan dengan produk kecantikkan. Apa lagi, semangat nak balik keje ari tue sebab tak sabar nak cuba..hehehe..

Petang tue, terus pergi Guardian untuk beli..Tapi masa pilih memilih tue tertengok la pulak produk Simply Siti ada promotion, terus ambik dan beli. muahahaha..lama bebenoo dah aku nak gune produk Simply Siti nih, mana tau muka halus ala Siti Nurhaliza jugak,ngeh..ngeh..

Haa..nih la yang aku beli kat Guardian Giant Kajang..heeee..

Untuk tidak menghampakan kawan yang penat-penat sarankan supaya beli Nutox, aku pun beli la jugak pelembab sebelum menggunakan pencuci muka daripada Nutox, siap ada percuma lagi. Pek kecik..hehe..

Cara penggunaan -----> ceh, siap bagi tips lagi nih..hehe

1. Pakai pelembab Nutox untuk menanggalkan semua sel-sel mati @ bagi sesiapa yang menggunakan Make up tue, haa nih sesuai untuk tanggalkan make up..berkesan~

2. Bilas dengan air bersih (suam sejuk) sehingga hilang bau warna dan rasa..macam buat kek pulak..

3. Kemudian, basuh muka dengan pencuci muka Simply Siti, bilas hingga bersih. Yang bestnye, Produk Simply Siti nih baunya tidak kuat dan sangat-sangat selesa.

4. Sesudah itu, gunakan Toner Simply Siti untuk proses membersihkan segala saki baki dimuka..Sapu dengan kapas halus, rasanya sungguh menyegarkan. Sejukkk..

Jadi Nutox vs Simply Siti yang meletopsss..Hasilnya...waaa..kulit mukaku terasa halus dan lembut gitu..jerawat halus beransur hilang. Gembira bukan men uollss..hahaha..lebih excited dan yakin diri untuk melangkah..cehceh..Lebih-lebih lagi Majlis Perkahwinan sahabatku tinggal seminggu jew lagi. eyeahh..Semangat nak pergi..

Bagaimana? Mudah untuk cantik bukan, heee..aku semakin suka kepada dua produk nih, jimat dan berbaloi-baloi. Harga pun berpatutan, Jangan lupa untuk dapatkan di pasaran. Selepas nih mesti gila Produk Simply Siti + Nutox..^^

* Terima Kasih sudi baca ya..

Tuesday 11 June 2013

~ Rutin Harianku ~

Bismillahirahmanirahim..

Rutin harianku, macam best jew bla baca tajuk nih kan, namun perkongsian yang ingin aku sampaikan bisa memberikan nafas lega dihatiku, in shaa Allah. Kehidupan yang dilalui ibarat tiada penghujung, pergi kerja awal pagi, balik plak lewat2 malam (kadang-kadang jew balik awal...). Hurmm..bagaikan tiada life..kadang-kadang hari minggu tiada ruang untuk bernafas..begitulah kehidupan kita sebagai manusia..mungkin tanpa kita sedari, ada insan yang terasa..ada keluarga yang terasa kehilangan sejenak kelibat kita..

Eyhhh..sampai terlanggar tiang tue..hehehe..

Apepun hidup kena diteruskan..namun tekadku, in shaa Allah disini aku sekadar mencari pengalaman..untuk meneruskan rasanya tidak mungkin kerana aku mahu berbakti dan buat yang terbaik buat 'imamku'..berbakti disini bermakna ada masaku untuknya, bukan seperti lifeku di zaman bujang ini..muahahaha..

Maksudnya ada masa aku untuk berbual dan mendengar masalahnya, ada masa untukku memasak untuknya, ada masaku untuk berkongsi rutin harianku untuknya..ada masa untuk bersama anak-anak(gatal ko cah!..hehehe) dan yang penting dan teramat penting ADA MASAKU UNTUK BERJEMAAH BERSAMANYA(Sang Suami tercinta..) DALAM MENITI ARUS KEHIDUPAN MENUJU ABADI.       


Juga nanti in shaa Allah bersama bakal ulama' kami..amiiinnn ya  Allah..semoga berkekalan hingga ke Syurga...
* sweetnyaa~~hahaha..amiiinnn ya Allah..

Inilah perjalanan hidupku..

* Terima Kasih kerana sudi membaca ya..



Tuesday 4 June 2013

~ Trip To Bandung ~







Bismillahirahmanirahim..


Kali nih nak membicarakan tentang percutian, siapa pernah pergi bandung? Maka dengan bangganya aku mengatakan bahawa aku TAK PERNAH pergi!! muahahahaha..hanya kat cnih nak gtau sal keindahan Bandung jah..Aku nih selalu berangan-angan nak pergi bercuti ke serata tempat..alwayz u ollzz!!

Tapi apakan daya, aku bukan dilahirkan dalam kalangan kluarga yang kaya! full stop..tapi aku bangga jadi anak kepada ayah dan ibuku, TERIMA KASIH MAK AYAH!!..ok, merepek plak..hayati keindahan Bandung nih..ingat nak wat trip, siapa nak ikut??..

Kemungkinan hanya mimpi laa dapat pergi kan..antara gambar percutian di Bandung yang aku pinjam daripada Pakcik goole..
Cantik bukan? aku akan pergi satu hari nanti..pakej bulan madu..kehehehe..

Lambakkan peniaga yang mencari rezeki..Bandung memang kaya dengan koleksinya..

Aneka kain yang cantik..murah2 semuanya..

Ok, sekarang kita tengok plak keindahan Sarawak..

Aku bersemangat nak ceritakan berkenaan dengan tanah tumpah darahku ini..Sememangnya aku dilahirkan di Sarawak, membesar di Sarawak dan bekerja jew kat Semenanjung nih..Juga bakal menjadi orang Semenanjung tidak lama lagi. In Shaa Allah..moga2..amiin..

Berbalik kepada sarawak, terkenal dengan Buaya "Bujang Senang" nya..sememangnya kewujudnya diketahui dan aku pernah tengok sekali dahulu ketika usiaku dalam lingkungan 9 tahun.,sangat besar dan berjaya ditumpaskan oleh beberapa orang nelayan yang kuat..muahahaha..

Gambar diambil daripada Pakcik Google..tq..

Entry kali nih banyak yang melalut bukan, hehe..sekadar memenuhi kelapangan yang ada..Tekanan kerja jangan bebankan lagi dengan tambahan kerja yang melambak..Kita kena relax dan memberi ingatan kepada diri bahawa tekanan yang melampau akan membuatkan kita semakin tension..Yakinlah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang..

Terima Kasih kerana sudi membaca saya merepek..daa~