Sunday 17 March 2013

~Detik Persiapan~

Bismillahirahmanirahim..

Tinggal seminggu jew ag aku kat bumi serambi Mekah nih..Perasaan bercampur baur..cdih pon ad, bila tengok bilik tidurku terasa sayu..Bila tengok opis aku kat USM nih ase menekan jiwa..hurmm..bilikku yang comey(walaupun sebelum nih terdera ngan ungkapan-->dinding tengok aku, aku tengok dinding..hukhuk..)

Namun azam untuk berjaya tidak pernah pudar-->bajet hebat nih, hehehe..nak berjaya kena berani berhijrah. kena berani hadapi apa jua kemungkinan. Bersyukur dengan segala yang ada, ramai lagi yang lebih susah daripadaku. Tapi baiknya Allah, Dia permudahkan aku untuk mendapatkan kerjaya pertamaku setelah melangkah penuh payah,pah abis degree. Sekarang mengurniakan pula kerjaya yang lebih baik untuk masa depan. Syukur ya Allah...

Apa pon pekerjaan, asalkan halal dan baik untuk dunia dan juga akhirat, maka bersyukurlah. Allah sangat baik tau, Dia tak pernah memberi ujian sebatas mampu untuk kita hadapi. Memang la pada mulanya betapa payahnya kita untuk hadapi, tapi lalui la semuanya dengan penuh sabar. In Shaa Allah, Allah akan permudahkan. Cepat dan lambat sahaja. Aku pon pernah hadapi saat yang paling "down" yang aku rasa. Dunia asa kosong. Melihat orang lain ada kereta, pergi kerja, pergi jalan-jalan dengan mudah hati aku jadi sayu. Masa tue, tak dinafikan terdetik perasaan "kenapa aku tak lahir dalam keluarga yang kaya dulu? kenapa aku kena hadapi semua nih?"..bermacam-macam lagi persoalan yang hadir masa tue. Aku lalui jugak dengan penuh sabar, kadang-kadang bila malam  menjelma mesti menangis mengenang nasib diri. Pernah sekali masa balik kerja, hujan turun dengan lebatnya. Aku berjalan selaju yang mungkin sambil memegang payung dan laptop seusai balik kerja. Kereta lalu di tepiku tanpa menunjukkan tanda hormat dan kesian kepada pejalan kaki sepertiku, sampai satu saat "dushhhh...." air yang bertakung di tepi jalan raya membasahi tubuhku.

"Ya Allah, abis basah.."keluhan meniti dibibir. Masa tue hanya Allah yang tahu bertapa sedihnya. Aku tabahkan ati. Kereta tue, langsung tak berhenti dan menghulurkan kata maaf, berlalu begitu jew. "Semoga Allah ampunkan dosanya.."

Semenjak itu, aku bertekad aku takkan sesekali mengulangi perkara yang sama kepada pejalan kaki, penunggang motorsikal yang lain jika aku ada kereta suatu hari nanti. Aku pernah merasakannya, cukuplah. Sekarang saatnya kian tiba, aku bakal melangkah ke alam kerjaya penuh mencabar, minatku yang mendalam terhadap medium penulisan Islamik, dakwah dan tarbiyyah membuatkan aku memilih pekerjaan nih. Cita-citaku untuk memiliki kereta sendiri juga tercapai. Indahnya hidup jika segalanya kerana Allah. Percaya dan yakinlah pada Allah..

..Sukaku kongsikan bersama, laluan rumah sewaku untuk pergi ke tempat kerja nanti..

"Rabbi Yassir wala tu'assir, rabbi ranmim bilkhoir"

Friday 15 March 2013

~Rezeki Allah~

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah, terima kasih Allah atas rezeki yang tidak disangka.

As Sohwah Group Sdn Bhd---> Pergi Interview dengan menggunakan Skype, Terima kasih Teknologi Malaysia, kadang-kadang tak semua teknologi mendatangkan keburukkan. Ada Kalanya mendatangkan kebaikan.

Tip Untuk Menghadapi Interview~
1. Jangan lupa untuk mencari maklumat berkenaan dengan jawatan yang akan ditanya.

2. Jangan lupa untuk mendapatkan tip dan pengalaman daripada orang yang pernah pergi interview. Ala, tanya jew mana-mana kawan yang pernah pergi interview. Walau kadang-kadang kita akan jumpa bermacam-macam karenah tabahkan hati jew. Yang penting niat suci kita Allah tau kan..

3. Masa interview jangan duk merapu, senyum dengan ikhlas bukan dipaksa-paksa. Jawab soalan yang dikemukakan dengan yakin. Kalau tak tahu, jawab jew tak tahu. Jujur lebih baik dari menipu.

4. Doa banyak-banyak dan tawakkal. In shaa Allah, ada rezeki akan dapat.

5. Jangan tidur lewat, takut bila bangun ada garisan hitam macam panda melingkar di bahagian mata..Diakui memang la tertekan. hehehehe..seperti aku, malam nak interview memang tak boleh nak tidur. Sekejap tengok jam, sekejap ase sakit perut, sekejap ase masih tak cukup lagi bacaan. Oh Allah, macam-macam perasaan.














Alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar..dan petang tue jugak dapat Offer Letter dari As Sohwah..apa lagi, aku terus sujud kesyukuran. Abis semua sanak saudara dan sepupu sepapat aku telefon untuk kabarkan berita gembira tue. Waa..umpama rezeki jatuh dari langit..

Terima Kasih Allah & pihak As Sohwah..berjanji akan bekerja dengan bersungguh-sungguh.

Monday 11 March 2013

Seawal Pagi Itu~

Bismillahirahmanirahim..

Aku mungkin mimpikan sesuatu semalam. Hari nih, pergi kerja dengan penuh bersemangat. Duk senyum-senyum tak pernah pudar, jumpa jew sesiapa senyum ikhlas sampai ke telinga walaupun tak kenal. Erk, yang membalas senyuman pun duk hairan, apa nak di hairankan..tak pernah tengok orang ceria macam aku nih kew? hukhuk, perasan ko cah..heee~Tak pernah aku seawal hari nih, mungkin aku bermimpi putra kayangan datang memberiku duit bertimbun-timbun kot semalam. huahua...uishh, asyik piker sal duit jew..toing..

Ok, berbalik kepada topik hari nih, hurmmm..aku nak senaraikan matlamat hidup aku. Lebih tepat, jadual yang aku nak capai sebaik yang mungkin.  Allahu Allah..

1. Solat Jangan Tinggal ya Aishah, Jangan sesekali tinggal, Istiqomahkan diri,paksa diri ----> Kadang-kadang tue kena jugak tinggal sebab cutiiiii..hurmm..aku dah jadi seperti seseorang yang matang gituu..heee~

2. Puasa 2 kali seminggu~Sekurang-kurangnya ea..

3. Banyakkan selawat ke atas Nabi, bukan banyakkan mengumpat!!

4. Hulurkan sedekah. Cukup sekadar senyum pon takpe. Sedekah jugak tue, jangan sesekali kedekut senyum..Allah tak suka orang yang sombong..ingat!!(gaya seperti Upin dan Ipin..heee)

5. Perbanyakkan solat sunat di malam hari, solat hajat, tahajjud

6. Perbanyakkan bacaan Al Quran..

Yang duk terkejarkan Degree, Master dan PHD tue, jangan kejar dunia jew, kejar akhirat sekali. Pilih ilmu yang cenderung ke akhirat juga. Life is more better!!

Tinggalkan sejarah semalam bersama azam yang kental...
Jangan sesekali menoleh ke belakang. 

Subhanallah..Baiknya Allah..


Tahukah Anda?

Walaupun aku nih budak IT, lulusan IT, punya Ijazah bidang IT tapi aku banyak menghabiskan masa aku sekarang untuk mengkaji tentang "Medical-Surgery".  Kadang - kadang aku sendiri kepeningan (seolah-olah hidup terlalu membosankan,hukhuk..) untuk menentukan pilihan hidup. Apatah lagi, sudah acap kali tawaran padaku untuk menyambung Master ngan doktor-doktor di cnih. Bukanku tak mahu, namun minatku bukan ke arah itu. Oh Allah, hanya Allah yang mengetahui minatku.

Aku sukakan yang lasak, maksud aku yang mencabar diri aku. Kononnya begitu, kahkahkah..Kalau makku tahu, mesti die membebel hingga ke pagi dan keesokkannya..Oh mak, anakmu ini sangat-sangat unik. hehe, rasa nak tampar tak? heee..toing.toing..

Entah apa aku mengarut, aku ase nak taip something dalam blog jadi aku mengarut hingga aku puas. Sebenarnya tension tahap 'gaban' sebab terpaksa berhempas pulas menyiapkan semua kerja bosku yang tertunggak. Masukkan data, susun fail, susun segala bagai. Aduihhh..penat wooo..

Namun u allz, I must be relaxs n keep going the smiling..

huaaaa...

Comeynyerrr kan..miaw.miaw..

Ok la..nak sambung wat keje dulu...

Mood :: Tidooo~~

Saturday 9 March 2013

Kad Matrik..hehe

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah, ari nih dapat dah kad matrik staf.  Berminggu - minggu berusaha untuk mendapatkannya (ceh, budget terlampau susah untuk mendapatkan, kahkah). Bila dah dapat kad staf nih baru rasa seperti staf USM yang sebenarnya. Walaupun gaya muka yang tidak comeyy!! Setiap hari aku duk piker camne nak dapatkan kad nih sebab setiap kali aku nak buat kad konpem orang yang tangkap gambar takdak.

"Maaf dik, Tuan .... takdak, dia tengah meeting"
"Tuan .... takdak, cuti"

Dan macam - macam lagi aku mendengarkan alasan yang kadang - kadang tidak patut!! Tapi takpeww..sekarang dah dapat.  Jadi aku nak simpan dengan baikk..

P/S :: Harap Maaf, Gambar tidak disiarkan atas sebab - sebab tertentu(heheheh..sebabnya hanya wajahku ini untuk tatapan suamiku saja..cute gituu)

Thankzz to read this entry!!