Wednesday, 22 May 2013

Hidup ini Penuh Liku

Bismillahirahmanirahim..

Hari ini aku nak membicarakan tentang kehidupan aku, bagiku tiada yang istimewa..kehidupan yang selalunya dilalui dengan penuh liku. Kadang-kadang tu ase tak mampu jugak nak hadapi..Tapi kena dilalui. hurmm..ape yang aku nak gtau u olls semua, jangan anggap hidup ini mudah. Selalulah merasakan hidup inibukan semudah yang disangka, kena bersedia selalu dari segi mental dan fizikal tentang perkara yang akan berlaku dan bakal berlaku akan datang.

Untuk pengetahuan semua, aku nih bukannya seorang yang mudah ataupun senang nak berkongsi barang dengan orang lain a.k.a paling tak suka orang pinjam barang2 aku, arakian adik beradik sendiri sekalipun. Sangat pantang!!aku bukan orang yang suka meminjam dan meminta. Sebab aku tak suka kongsi barang dengan orang lain, maka aku cukupkan keperluan aku. Setiap barang keperluan aku cukupkan, mesti ada lebihan yang aku simpan. Contohnya seperti syampu, barang mandian dan sebagainya. 

Bila baru-baru nih, barang aku diusik tanpa kebenaran aku, timbul kemarahan yang tinggi. Bagi aku bukan senang nak terima, lebih-lebih lagi barang kesayangan aku (sebenarnya semua barang aku, aku sayang..hehehe..)!! Namun pengajaran yang aku dapat, adalah KENA lebih berhati-hati selepas ini. Jangan biarkan orang mengambil kesempatan ke atas kita. yeahh!!muahuahua..

Jangan ukur tahap kesabaran seseorang dengan kelembutannya, namun hormati dengan baik dengan kebaikan hatinya.

Berbalik kepada topik kehidupan, jangan jadikan hati lemah, teruslah melangkah. Bagaimana?

* Kena bagitau diri yang ujian yang datang itu hanya sedikit daripada Allah.
* Ujian itu adalah teguran daripada Allah, kena HADAPI dengan tabah!!
* Senyum dan yakin bahawa ada HIKMAH di sebalik ujian yang menimpa.
* KENA banyakkan berdoa dan muhasabah diri. http://www.youtube.com/watch?v=PiMcV6CKxfA
* Jadi orang yang positif, maju ke depan. Belajar daripada kesilapan.

Terima Kasih Allah!!

0 comments:

Post a Comment