Wednesday, 15 May 2013

Pagi yang Indah ~ Takdak Tajuk Sebenarnya..

Bismillahirahmanirahim..

Hari nih nak membicarakan soal nikmatnya bangun seawal pagi, sangat-sangat best. Selalunya pergi kerja dalam pukul 7.45pagi, namun pagi nih pergi awal sikit sebab banyak kerja nak kena disiapkan. Wahh..kononnya sangat banyak kerja ya. heee..

6.30pagi - Gerak daripada rumah, langit masih gelap, lampu2 dijalanan sangat cantik dan indah, angin pagi sepoi2 bahasa. Serius cantik uollss..jangan lupa, hati sentiasa memuji Allah ya.
Tengok, cantik bukan? Terima kasih kepada pak cik google atas gambar yang cantik..Subhanallah..

Amalan seawal pagi?

1. Pandang wajah suami/isteri dengan penuh kasih sayang, ungkapkan ucapan yang bagus2
"Selamat pagi sayang, jom solat sama2"..
2. Berdoa, ambil masa untuk bermusyawarah bersama..saling mendoakan
3. Semangat untuk pergi mencari rezeki!!

Ya Allah, aku mungkin bukan dalam kalangan hambaMu yang terbaik. Juga bukan juga yang paling beriman dan taat kepadaMu namun aku mempunyai cita2 yang tinggi ingin mencapai sinar SyurgaMu. Sesungguhnya, nikmat yang paling mahal daripadaMu adalah nikmat ketenangan. Allahu Allah.

* Terima Kasih Allah..

0 comments:

Post a Comment