Sunday 12 May 2013

Sabar itu Indah



Bismillahirahmanirahim..

Ok, lama dah tak coretkan sesuatu ke dalam blog ku yang comey nih..hurmm, terlalu sibuk dengan urusan kerja(macam la cbokkz sgtt..hehehe..). Hari nih nak luahkan ape yang terbuku kat ati aku nih..walaupun buku yang dalam ati aku nih xdpt dlihat, hehehe..ntah la, ape yang aku merepekkan..-_-'..

Masalah yang sering manusia alami, apekah itu? Bila manusia selalu mmberi soalan "kenapa" kepada Allah. Semua manusia, tak terkecuali aku.. Sering bertanyakan "kenapa" kepada Allah.. Alahai, mungkin manusia lupa(termasuk aku!) bahawasanya setiap yang kita tanya "kenapa" kepada Allah itu adalah yang TERBAIK untuk kita. Setiap apa yang berlaku ada Hikmahnya. Yang penting kena tawadduk, yakin dan sabar..hurmm..mudah untuk ungkap sabar tapi payah nak buat. Betul , kena akui semua tue. Allah tak pernah jauh, yakinlah wahai manusia.

Berbalik kepada mengukur tahap keyakinan, aku juga pernah kalah dengan ujian yang Allah bagi. Berkali2, namun yang aku harapkan masa tue, aku akan tetap tabah. Mana mungkin Allah timpakan sesuatu melebihi kemampuan hambaNya untuk menghadapi. Dengan semangat daripada keluarga, si dia dan kawan2, membuatkan aku kembali bangkit. Payah jugak nak bangkit, umpama merangkak seusia bayi. Namun, bila melepasi saat payah itu dengan jayanya, aku menarik nafas lega. Pah tue, wahhh..bertimbun2 kebaikan dan kebahagiaan yang aku dapat. Baiknya Allah!!Alhamdulillah..

Mungkin bagi sesetengah manusia, menyendiri dan memendam lebih baik daripada meluahkan, namun aku lebih suka meluahkan daripada memendam rasa(hanya pada orang aku percayai sahaja!..)..yang utama, carilah Allah dalam sujudmu jika ditimpa masalah yang terlampau memberatkanmu..mengadu kepadaNya, merintih, berdoa..Mehnah daripada Allah, itu tandanya Allah rindu pada rintihan dan doamu..bersyukurlah kerana Allah sayang padamu..Allahu Allah..

* Terima kasih Allah..



No comments:

Post a Comment