Sunday, 17 March 2013

~Detik Persiapan~

Bismillahirahmanirahim..

Tinggal seminggu jew ag aku kat bumi serambi Mekah nih..Perasaan bercampur baur..cdih pon ad, bila tengok bilik tidurku terasa sayu..Bila tengok opis aku kat USM nih ase menekan jiwa..hurmm..bilikku yang comey(walaupun sebelum nih terdera ngan ungkapan-->dinding tengok aku, aku tengok dinding..hukhuk..)

Namun azam untuk berjaya tidak pernah pudar-->bajet hebat nih, hehehe..nak berjaya kena berani berhijrah. kena berani hadapi apa jua kemungkinan. Bersyukur dengan segala yang ada, ramai lagi yang lebih susah daripadaku. Tapi baiknya Allah, Dia permudahkan aku untuk mendapatkan kerjaya pertamaku setelah melangkah penuh payah,pah abis degree. Sekarang mengurniakan pula kerjaya yang lebih baik untuk masa depan. Syukur ya Allah...

Apa pon pekerjaan, asalkan halal dan baik untuk dunia dan juga akhirat, maka bersyukurlah. Allah sangat baik tau, Dia tak pernah memberi ujian sebatas mampu untuk kita hadapi. Memang la pada mulanya betapa payahnya kita untuk hadapi, tapi lalui la semuanya dengan penuh sabar. In Shaa Allah, Allah akan permudahkan. Cepat dan lambat sahaja. Aku pon pernah hadapi saat yang paling "down" yang aku rasa. Dunia asa kosong. Melihat orang lain ada kereta, pergi kerja, pergi jalan-jalan dengan mudah hati aku jadi sayu. Masa tue, tak dinafikan terdetik perasaan "kenapa aku tak lahir dalam keluarga yang kaya dulu? kenapa aku kena hadapi semua nih?"..bermacam-macam lagi persoalan yang hadir masa tue. Aku lalui jugak dengan penuh sabar, kadang-kadang bila malam  menjelma mesti menangis mengenang nasib diri. Pernah sekali masa balik kerja, hujan turun dengan lebatnya. Aku berjalan selaju yang mungkin sambil memegang payung dan laptop seusai balik kerja. Kereta lalu di tepiku tanpa menunjukkan tanda hormat dan kesian kepada pejalan kaki sepertiku, sampai satu saat "dushhhh...." air yang bertakung di tepi jalan raya membasahi tubuhku.

"Ya Allah, abis basah.."keluhan meniti dibibir. Masa tue hanya Allah yang tahu bertapa sedihnya. Aku tabahkan ati. Kereta tue, langsung tak berhenti dan menghulurkan kata maaf, berlalu begitu jew. "Semoga Allah ampunkan dosanya.."

Semenjak itu, aku bertekad aku takkan sesekali mengulangi perkara yang sama kepada pejalan kaki, penunggang motorsikal yang lain jika aku ada kereta suatu hari nanti. Aku pernah merasakannya, cukuplah. Sekarang saatnya kian tiba, aku bakal melangkah ke alam kerjaya penuh mencabar, minatku yang mendalam terhadap medium penulisan Islamik, dakwah dan tarbiyyah membuatkan aku memilih pekerjaan nih. Cita-citaku untuk memiliki kereta sendiri juga tercapai. Indahnya hidup jika segalanya kerana Allah. Percaya dan yakinlah pada Allah..

..Sukaku kongsikan bersama, laluan rumah sewaku untuk pergi ke tempat kerja nanti..

"Rabbi Yassir wala tu'assir, rabbi ranmim bilkhoir"

0 comments:

Post a Comment