Thursday 13 June 2013

Nutox vs Simply Siti

Bismillahirahmanirahim..

Baru-baru nih muka tumbuh jerawat..bermakna dah tak boleh gune dah Nano White yang aku duk gune selama nih..alaa, sayangnyee..masih banyak lagi yang tak terguna..hurmm..sapa nak?nak jual la..muahahahaha..
Produk Nano White..

Masa sembang ngan kawan sepejabat, keluarlah idea diorang untuk perkenalkan produk yang diorang duk gune, Nutox. Aku nih cepat terpengaruh sikit ngan cerita yang diorang gtau berkenaan dengan produk kecantikkan. Apa lagi, semangat nak balik keje ari tue sebab tak sabar nak cuba..hehehe..

Petang tue, terus pergi Guardian untuk beli..Tapi masa pilih memilih tue tertengok la pulak produk Simply Siti ada promotion, terus ambik dan beli. muahahaha..lama bebenoo dah aku nak gune produk Simply Siti nih, mana tau muka halus ala Siti Nurhaliza jugak,ngeh..ngeh..

Haa..nih la yang aku beli kat Guardian Giant Kajang..heeee..

Untuk tidak menghampakan kawan yang penat-penat sarankan supaya beli Nutox, aku pun beli la jugak pelembab sebelum menggunakan pencuci muka daripada Nutox, siap ada percuma lagi. Pek kecik..hehe..

Cara penggunaan -----> ceh, siap bagi tips lagi nih..hehe

1. Pakai pelembab Nutox untuk menanggalkan semua sel-sel mati @ bagi sesiapa yang menggunakan Make up tue, haa nih sesuai untuk tanggalkan make up..berkesan~

2. Bilas dengan air bersih (suam sejuk) sehingga hilang bau warna dan rasa..macam buat kek pulak..

3. Kemudian, basuh muka dengan pencuci muka Simply Siti, bilas hingga bersih. Yang bestnye, Produk Simply Siti nih baunya tidak kuat dan sangat-sangat selesa.

4. Sesudah itu, gunakan Toner Simply Siti untuk proses membersihkan segala saki baki dimuka..Sapu dengan kapas halus, rasanya sungguh menyegarkan. Sejukkk..

Jadi Nutox vs Simply Siti yang meletopsss..Hasilnya...waaa..kulit mukaku terasa halus dan lembut gitu..jerawat halus beransur hilang. Gembira bukan men uollss..hahaha..lebih excited dan yakin diri untuk melangkah..cehceh..Lebih-lebih lagi Majlis Perkahwinan sahabatku tinggal seminggu jew lagi. eyeahh..Semangat nak pergi..

Bagaimana? Mudah untuk cantik bukan, heee..aku semakin suka kepada dua produk nih, jimat dan berbaloi-baloi. Harga pun berpatutan, Jangan lupa untuk dapatkan di pasaran. Selepas nih mesti gila Produk Simply Siti + Nutox..^^

* Terima Kasih sudi baca ya..

No comments:

Post a Comment