Saturday 8 December 2012

.:: Mahligai Impianku ::.

:: Rasa ingin menjalani alam rumah tangga itu fitrah..aku ingin sekali menikmati halalnya sebuah ikatan..bila sang Adam menyapa ingin menyunting Hawa terasa indahnya saat itu..takkanku menunggu lama untuk menyatakan persetujuan..tapi entahlah..atas alasan apa Adam tidak mahu melamar Hawa..

"Takde pekerjaan lagi..nanti nak teruskan hidup macam mana?"
"Masih terlalu awal..kita belum puas menikmati alam remaja.."
"Sabar dulu..tak lama lagi bukan, tunggu 2 tahun lagi.."

Beribu aneka jawapan yang diberikan..kadang - kadang terfikir..kalau tidak mahu kahwin, jangan berani mencuba cinta..ingin menjaga maruah si Hawa kononnya namun diusung ke hulu ke hilir..entahlah..apa daya Hawa ingin menyatakan sesuatu yang melebihi kemampuan seorang wanita..perlu menunggu dan menunggu lamaran datang bertamu..tetapi tak adilnya, bila setia menunggu sang Adam berkahwin pula dengan wanita lain..sakitnya hanya Allah yang tahu..manusia hanya pandai mencipta janji..tapi yang susahnya adalah bila hendak menepati..fikrah memang begitu..berani bercinta berani untuk kecewa...

------>Si Hawa resah menanti, yang mendapat tempiasnya adalah Hawa..Hawa yang perlu menjawab setiap kali ada yang bertanya..bukan semudah menjawab soalan matematik jika menjawab soalan sebegitu..hanya mampu dijawab.."In shaa Allah, tak lama lagi..mohon doanya.."



Persoalannya, seramai mana yang berani menyatakan hasrat hatinya buat kedua insan tercinta??..Boleh dikira dengan jari..Terasa aneh pula, mengapa perlu takut menyatakan kepada Mak & Ayah??..tapi pada Allah tak takut pula..tepuk dada, tanya Iman kita..

Sabda Rasulullah s.a.w :: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya..

(Hadis Riwayat Thabrani)
--------------------------------------------------------------------------------------------
Mood :: Mencari ketenangan pada setiap bait kata yang dilakarkan..bukan mudah menjadi seorang wanita yang sabar dalam semua perkara..kita juga ada batas sabarnya..yang termampu hanya berdoa dan terus berdoa tanpa jemu..~rabbi yassir wala tu'assir, rabbi tanmim bilkhoir~

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete