Ahlan Wasahlan ya
Ramadhan..
Bismillahirahmanirahim..
Tinggal sehari sahaja
lagi di ambang Ramadhan, aku menghitung-hitung sisa masa yang tinggal. Sesekali
aku melirik ke arah jam dinding, terasa begitu cepat masa berlalu. Malam ini
akan diumumkan tarikh Ramadhan tahun ini yang dinantikan oleh umat islam.
Jadual untuk bulan
puasa aku tidak siapkan lagi, ya Allah. Hatiku berdesis perlahan. Betapa
kesibukan menjadi alasan yangku reka untuk menutup kesalahanku sendiri terhadap
diri. Tanganku pantas menaip. Menghabiskan sisa kerja yang ada. Sedaya aku
ingin menghabiskannya supaya sempat untukku merangka jadual perjalanan ibadahku
sepanjang bulan puasa nanti.
----------------------------------------------------------------------------------
Malam, jangan lupa niat
puasa:
“Nawaitu saumagadin an'adai fardi syahri
ramadhana hadzihissanati lillahita'ala”
Maksudnya:
"Sengaja aku
berpuasa esok hari untuk menunaikan fardhu puasa pada bulan Ramadhan bagi tahun
ini kerana Allah Taala"
04.45 am – Bangun pagi,
baca doa dan ucapkan kesyukuran “Alhamdulillah, terima kasih Allah masih diberi
kesempatan untuk menunaikan ibadah puasa tahun ini” Ameen..Ambil Wudhu dan
tunaikan solat Tahajjud..
05.30 am – Selepas panaskan
lauk, sahur. Bismillahirahmanirahim..
05.50 am – Selepas mandi,
berwangian(..tidak berlebihan, untuk mengadap Allah kena wangi..) bersiap gerak
pergi surau an-Nur berdekatan untuk Solat Subuh, Ya Allah, semoga aku diberi
kekuatan untuk menunaikan solat subuh disurau setiap hari sepanjang bulan
Ramadhan. Baca Quran jangan lupa ya!!!
06.45 am – Balik dari
Surau, bersiap untuk pergi kerja pulak..haaa..(..kalau hari minggu, pergi
jogging laa..muahahaha..boleh percaya kew nih..hehehe..)
07.45 am – Gerak pergi
kerja..(..sampai petang..)
04.30 pm – Balik kerja,
gerak untuk ke Bazaar Ramadhan..(Berbelanja ikut keperluan, membazir amalan
Syaitan..)
07.20 – 07.30 pm –
Berbuka puasa, bersiap-siap pergi Solat Tawarikh..(..semoga Istiqomah)..Ameen..
09.00 pm – Balik Tawarikh~sambung
baca Quran..
09.30 pm – Buat kerja
yang tertunggak..
11.30 pm – Tidur. “Bismikallahumma
Ahya Waamut”
---------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah, siap
jugak jadual bulan puasaku. Terima Kasih Allah. Semoga Ramadhan tahun ini penuh
bermakna dengan kehadiran bulan yang mulia ini.
Terima Kasih Sudi Baca ya..Salam Ramadhan..
No comments:
Post a Comment